Translate

Saturday, 12 May 2012

What I Have Learnt in my life as student??

~~ASSALAMUALAIKUM & GOOD EVENING ~~

Tiba - tiba hari ini, tangan gatal pula nak menulis, hehe. So, today I would like to share about what I have learn in my life as student especially during Secondary school.. =)

Pelajaran pertama ; Perpisahan....
Semasa saya berusia 12 tahun, saya dan adik terpaksa berpisah dengan ibu bapa kerana mereka terpaksa berhijrah ke Selangor untuk bekerja. Saya dan adik tinggal bersama atok dan nenek di Sabah. Masa awal-awal berpisah dengan parents tu, memang tak dapat nak describe perasaan.. Terlalu sedih, hingga saya dan adik menghidapi penyakit yang dipanggil "Demam Rindu". Hehe. Tapi lama kelamaan Alhamdulillah saya dan adik dapat membiasakan diri. Pengalaman mematangkan diri. Sampailah sekarang saya masih lagi berjauhan dengan kedua-dua ibu bapa saya. Tapi adik saya pula telah berhijrah sama ke sana pada tahun 2009. Tinggallah saya seorang bersama atok dan nenek. Saya benar-benar telah mempelajari erti perpisahan itu.. Itulah salah satu tarbiyah yang agak berat bagi saya.


Pelajaran kedua ; Kawan.
Saya ni seorang yang "malas" nak bergaul dan bercampur dengan orang lain kecuali keluarga. Mungkin disebabkan itu saya kekurangan kawan. Tapi selepas saya further study kat SMK Elopura 2, my life is change. Saya mula berkawan dengan ramai orang ( terutamanya rakan-rakan sekelas ). Semasa di sekolah rendah saya mendapat title " budak pendiam " tapi di sekolah baru ni pula title tu dah hiang entah ke mana.. Masa tu barulah saya sedar, saya telah mengalami perubahan dalam fasa hidup saya. Pengalaman mematangkan diri. Alhamdulilah sekarang hubungan persahabatan saya dan kawan-kawan masih kukuh. Dah genap 5 tahun hubungan persahabatan kami sejak dari tingkatan 1 hinggalah tamat persekolahan pada tahun lalu. Walaupun sekarang, kami terpaksa berpisah sementara kerana ingin melanjutkan pengajian masing-masing, IKRAR persahabatan kami takkan pernah dilupa.. Friends Forever =)


Pelajaran ketiga ; Kasih seorang guru.
Sepanjang saya bersekolah di SMK Elopura 2, telah ramai guru yang saya kenal. Bukan setakat kenal tapi hubungan kami macam 1 family. Antara guru yang paling saya akrab ialah Ustazah Sanisah, Cikgu Fairuz, Teacher Chai, Teacher Santhi, Teacher Zulizah dan juga Cikgu Haris. Mereka berenam ini adalah guru yang paling akrab dengan saya. Whenever I have problem, they will help me to solve it. Sungguh, mereka amat berjasa kepada saya sepanjang saya bersekolah di SMK Elopura 2. Bukan mereka sahaja, guru-guru lain juga turut banyak membantu saya, terutama guru-guru yang pernah mengajar saya dari tingkatan 1 hingga 5. Semoga Allah merahmati mereka semua. Pengalaman mematangkan diri =)


Pelajaran keempat ; Life is struggle!!
Hidup adalah perjuangan!! Semasa di bangku sekolah inilah saya belajar erti perjuangan menuntut ilmu. Semasa sekolah rendah, saya belajar sambil lewa kerana tak tahu apa tujuan belajar itu sebenarnya. Dua exam besar yang harus ditempuhi PMR & SPM !!! Alhamdulilah kedua-duanya telah diduduki. PMR pada tahun 2009 dan SPM pada tahun lalu. Sungguh, perjuangan menuntut ilmu ini sangat mencabar.. Saya selalu ingatkan diri, menuntut ilmu bukan kerana PMR & SPM, tapi kerana ia adalah kewajiban yang harus ditunaikan.. Pengalaman mematangkan diri.. Alhamdulilah selepas ni ( yakni minggu depan ) saya akan menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan =)


Baiklah kesimpulannya, apa yang saya ingin kongsikan adalah :
1. Setiap orang akan melalui fasa-fasa kehidupan masing-masing.
2. Dalam setiap fasa kehidupan itu kita akan dapat pelajari sesuatu.
3. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan barulah hidup kita lebih bermakna.
4. Sebagai Muslim kita perlu ingat, hidup kita Allah yang tentukan.
5. Pengalaman mematangkan diri.

Sekian sahaja, assalamualaikum =)

Peace and smile =) 




Sunday, 6 May 2012

Teenage ~ Bab 2~


 Bab 2

“Assalamualaikum ustazah…”

“Waalaikumussalam,, duduk semua..”

Ustazah Sanisah. Guru kelas 4 Ibnu Sina. Beliau telah lama mengajar kelas mereka, sejak dari tingkatan 1 lagi. Boleh dikatakan hubungan ustazah dengan mereka sekelas amat rapat.

“Apa khabar semua?”

“Alhamdulilah kami semua sihat.” Hampir serentak mereka semua menjawab.

“Terlebih dahulu ustazah ingin ucapkan tahniah kepada kamu semua. Alhamdulilah pencapaian kamu memang meletup. Dan selamat datang ke 4 Ibnu Sina.”

“Terima kasih ustazah.”

“Baiklah, pertama sekali ustazah ingin berkenalan dengan lima orang pelajar baru di kelas ni. Yang lain tak payahlah. Ustazah dah kenal betul dah”.

“Haha, dah jemukah ustazah?” kata Razif.

Ustazah Sanisah hanya tersenyum. Kemudian lima orang pelajar baru bangun dan berdiri  di depan kelas. Four girls dan one boy. Dalam masa yang sama, Razif memandang pelajar perempuan yang dilanggarnya tadi.

“Assalamualaikum, nama saya Nursyafinaz, panggil finaz saja. Sebelum ni, saya dari kelas Al-Khawarizmi. Salam perkenalan.”

“Assalamualaikum, nama saya Siti Solehah, panggil saja Solehah. Sebelum ni saya satu kelas dengan Lisa.”

“Assalamualaikum, nama saya Lisawati, panggil Lisa.”

Selepas tiga orang pelajar tadi perkenalkan diri, tibalah masa yang dinanti-nantikan Razif. Pelajar perempuan itu mula perkenalkan diri.

“Assalamualaikum, nama saya Nur Balqish, panggil saja Balqish. Sebelum ni saya bersekolah di SMK Agama. Salam perkenalan dari saya”  lemah lembut dia bercakap.

“Oh, Balqish. Beautiful name, same dengan pemilik namanya” spontan Azman bercakap. Satu kelas ketawa. Sekali lagi Razif melihat senyuman itu. Sekali itu juga dia tercair dengan senyuman itu.

“Eh Azman ni. Bukan main lagi. Baiklah kamu pula.”

“Assalamualaikum, nama saya Mohd Aidid, panggil Did saja. Sebelum ni saya bersekolah di SMK Agama.”

Selesai sudah semua pelajar baru perkenalkan diri. Sekarang ada 25 orang pelajar. Empat orang pelajar baru dan 21 pelajar lama. Antara pelajar lama yang masih setia bersama ialah Razif , Azman , Ilyas , Husni , Sham , Afiq , Tizam , Ahmad , Tom , Aisyah , Rina , Suhaila , Darliana , Ama , Saf , Ckin, Wawa, Nizan, Midar, Lai, dan  Christy. Jadi, sekarang ada 10 lelaki, dan 15 perempuan.

“Baiklah sekarang ustazah mahu kamu semua memilih ketua kelas dan penolong ketua kelas.”

“ Hahaha,, tiba pun masa yang dinanti-nantikan,” Azman sengih sendirian.

Saturday, 28 April 2012

Teenager.... =)

Bab 1

Razif  bangun tepat pada pukul 4.30 pagi. Dengan mata yang masih kemerah-merahan dia menggagahkan diri melangkah ke bilik air. Selesai mandi, dia lalu bersiap memakai baju uniform sekolah. Setelah siap berkemas, barulah dia menunaikan solat Subuh. Sepuluh minit kemudian, selesai solat dan wirid, dia bersarapan pagi kemudian berangkat ke sekolah. Begitulah rutin harian Razif sebagai pelajar sekolah. Setiap hari dia terpaksa mengurus diri sendiri termasuklah menyediakan sarapan sebelum pergi ke sekolah kerana tidak ingin menyusahkan neneknya.

Perjalanan dari rumah Razif ke Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 memakan masa sekurang-kurangnya setengah jam. Oleh itu, dia terpaksa berangkat ke sekolah pada pukul 6 pagi dengan menaiki kenderaan sewa bersama rakannya Azman. Alhamdulilah, dia tiba ke sekolah beberapa minit sebelum perhimpunan.

Hari itu adalah hari bersejarah bagi Razif kerana itulah hari pertama persekolahannya untuk tahun 2010, sekaligus hari pertama dia menjadi pelajar tingkatan 4. “ Bismillahirrahmanirrahim…. Aku melangkahkan kaki ke sekolah….” . Dengan hati yang sangat bersyukur Razif melangkah masuk ke sekolah. Rasa tak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakan mempercepatkan langkahnya ke dewan sekolah.

Kemudian secara tak sengaja dia terlanggar dengan seorang pelajar perempuan hingga menyebabkan pelajar tersebut jatuh.
“ Alamak,, sorry-sorry saya tak sengaja. Cik adik tak apa-apakah??”
“Erm, tak pa saya tak koma pun” dengan selamba gadis itu menjawab.
Subhanallah cantik juga cik adik ni ya… Razif bergumam sendirian dalam hati.
“ Baiklah saya pergi dahulu.”
“Okok sekali lagi maafkan saya!”
Gadis itu  memberikan senyuman kepadanya. Senyuman yang mampu mencairkan perasaan mana-mana lelaki.
 “Astaghfirullah hal adzim… Razif ingat tuhan”
“Wei Razif, cepat sangatlah kau berjalan.. Eh, kenapa kau ni macam something happen saja?” Azman menegurnya. Entah dari mana tiba-tiba dia dah ada kat depan Razif.
“Nothing, lets go. Tak sabar nak jumpa geng ni”
“Jom!”

Akhirnya sampai juga mereka di dewan terbuka. “ Wei, Razif, Azman kat sini!!” Ilyas memanggil mereka. “ Aha! There they are.”
 Sham, Ilyas , Ahmad , Husnain dan Toms… Semua bestfriend Razif ada kat situ. “ Long time tak nampak muka, hahaha”
“Eleh baru 2 bulan tak jumpa”.
Keseronokan begitu terasa tatkala dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan di sekolah. Razif dan Husnain merupakan antara pelajar cemerlang PMR tahun lalu. Dia dan Husnain mendapat 8A dalam PMR. Manakala Sham , Ilyas dan Toms dapat 7A. Ahmad dan Azman pula 6A. Boleh dikatakan mereka semua pelajar cemerlang.

Loceng berbunyi, menandakan perhimpunan akan bermula. Semua pelajar berkumpul di dataran ilmu mengikut kelas masing-masing. Dalam pada itu, mata Razif melihat seseorang. “Alamak! Dia lagi.” Gadis yang dilanggarnya tadi berbaris dalam barisan pelajar perempuan  kelas mereka. “That’s mean, she’s new student in our class!!”.
“Ehem-ehem, pandang siapa tu.”
“Nothing.”
Lamunan Razif terhenti apabila Ahmad menegurnya.

15 minit kemudian barulah perhimpunan selesai dan semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. “Fuh, punyalah lama pengetua bagi speech! Habis berpeluh badanku.” Rungut Azman. “Ala, tak apalah. First day. Lagipun kau tak banggakah nama kita disebut tadi? Hahaha.”
“Eh, riya’ nampak.”
“Riya’ tak riya’ aku panas ni, jom pergi kelas cepat. Aku nak stand bawah kipas ni.”

4 Ibnu Sina. Itulah kelas baru mereka. Kalau dahulu ada 30 orang pelajar. Sekarang hanya tinggal 25 orang termasuk dua orang pelajar baru. Yang lain ada yang pindah kelas dan ada yang pindah sekolah. Beberapa minit kemudian guru kelas merangkap guru baru di sekolah masuk kelas mereka.


[ bersambung.....]

Saturday, 14 April 2012

Journey to Sarawak =)

Bismillah.... Assalamualaikum warahmatullah....
Alhamdulilah syukur kepada Allah.... kerana masih memberi ku kehidupan dan masih memberi peluang untuk ku bertaubat di atas semua dosa yang telah dilakukan.... Thanks to Allah =)

Today,, I just want to share something to all my blog reader about my journey at Sarawak. Hahaha.. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa lagi.. Baiklah, siapa yang tak tahu negeri Sarawak??? Confirmlah semua tahu kan ahhahahha..

Baiklah turn to topik, sebenarnya pengembaraan saya di bumi Sarawak ni start pada 10 Januari 2012, beberapa bulan after SPM [aiseh still ingat]... Tujuan utama saya pergi ke Sarawak ni adalah untuk berjumpa dengan family sebelah ayah yang dah lama...... sangat tak jumpa. Tak silap dah dekat 9 tahun tak jumpa.... So, kiranya saya balik ke Sarawak ni kerana nak lepas rindu lah katakan.. hehe..

Masa kali pertama menjejakkan kaki kat Sarikei, Sarawak,, MasyaAllah saya rasa sangat excited,, tak tahu nak cakap apa.... Yang paling best ialah apabila berjumpa dengan nenek saya.. huhu my beloved grandma =)

Forgot to tell,, actually Sarikei also is my hometown, tempat kelahiran saya... Tapi lepas darjah satu saya berhijrah dengan ibu bapa ke Sandakan, Sabah......


Semasa berada kat Sarawak ni,banyak tempat yang saya dah pergi [ selain Sarikei ] antaranya Bintangor, Sibu, Kota Samarahan dan semestinya Kuching.. Haha boleh dikatakan cuti sakanlah....



Yang picture kat atas ni ialah picture yang saya ambil masa di Kuching.... kat Astana James Brooke,, huhuhu.....


Its me!!!


My cousin =)

Yang atas ni pula dua orang jejaka Sarawak sedang jadi model hhahhaha...

Baiklah saya rasa nak share setakat ni dulu,, insyaAllah akan bersambung kemudian heheh see ya later... =)


Friday, 30 March 2012

Result SPM ku =)

Assalamualaikum... Hari ini, saya  teringin pula mahu berkongsi dengan para pembaca tentang keputusan SPM saya.. Walaupun dah seminggu berlalu, apa salahnya untuk saya berkongsi kan?? Baiklah begini ceritanya..

21 Mac 2012 - Lepas subuh.

Selepas solat subuh,, saya tak boleh berhenti memikirkan tentang result SPM saya.. Actually,, semenjak malam sebelum tu lagi dah saya tak boleh berhenti memikirkannya, sampai jam 2 pagi begitu,, baharulah saya dapat tidur... Lepas bangun subuh,,  dengan mata merah lagi sakit, saya terus memikirkan result saya.. Ya Allah,, sungguh tak keruan hidup saya hanya kerana result!! Selepas jam 8,, saya buka facebook untuk lihat "perkembangan" kawan-kawan facebooker pasca SPM 2011... Ternyata jangkaan saya tepat,, 80% [lebih kuranglah] dari kawan-kawan facebooker membincangkan tentang result SPM yang bakal keluar pada pukul 10 pagi.. Huhu... SPM,, kenapa diri begitu berharga ya?? Then,, saya adalah juga chat dengan beberapa orang rakan saya,, seperti Fika, Thomas, Solehah, dan beberapa lagi yang dah saya lupa orangnya, hehe.. Saya memberi kata-kata perangsang terakhir [ sambil hati turut nervous tahap kritikal]...

Okay,, jam 9 saya offline.. Actualy cikgu saya ada berpesan dengan saya untuk offkan handphone dan facebook dari jam 10 - 12,, katanya mahu buat surprise.. [ saya pada waktu itu berada di sarawak]... Jadi saya pun menurutlah....

Dipendekkan cerita,, lepas jam 12,, saya on kan semula handphone dan facebook,,, alngkah terkejutnya saya bila menerima dua sms, satu dari ustzah sanisah,, satu dari darliana... Okay,, saya pun baca sms usth dulu... Lebih kurang begini smsnya " Tahniah syafik dapat 7A,, sama mcm mimpi ustazah,, tapi agama ustzh tak tahu dapat berapa "... Jeng jeng jeng,, 7A??? 7A jer??? Fuh punya frust bila saya baca sms tu,, macam tak percaya je.... Ceh... Jadi saya pun terpaksa menunggu khabar dari cikgu merangkap mentor saya untuk mengetahui kesahihannya,,.. Sementara menunggu tu, saya balaslah sms darliana then saya telefon kawan baik saya, Thomas Yapp...  Tak sangka Thomas berjaya dapat 7A,, hehe... Tapi saya masih tak puas,, tak puas dengan result saya,,, apakah benar sms ustzh dapat 7A?? Tiba-tiba teringat kata mentor saya " apapun esok bersedia untuk menerima apa sahaja resultnya,, itu semua hasil dari usaha kita juga "... Ya,, saya harus menerima apa sahaja hasilnya... Huhu, walaupun hati berat....

21 Mac 2012 - Jam 1 tengahhari

Setelah lama menunggu,, akhirnya,, mentor saya post kan picture result saya di facebook... Nah ini dia result saya.......



2A+, 4A, 1A-, 3B+..... Huhu,, alhamdulilah berakhir penantian... Tapi,, terus terang saya katakan, masa pertama kali tengok result saya tu,, saya agak kecewa,, kerana tak dapat capai target 10A... Tapi,, saya terus bersangka baik,, mungkin Allah ingin menguji ku @ ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan @ mungkn ini kafarah atas dosa-dosa ku @ Allah ingin memberiku nikmat yang lain lebh baik...... Ya,, setelah berjam-jam akhirnya,, saya dapat menerima takdir dan bersyukur atas nikmatNYA.....

Memang benar ada hikmah di  atas semua yang berlaku ini... Pada waktu malam,, bila saya buka facebook,, saya menerima banyak ucapan tahniiah dari kawan-kawan hinggalah kepada guru-guru,,, Huhu,, dan pada malam tu saya menangis bila mentor saya mengucapkan ayat-ayat ni di kotak chat :


  • xpela
  • sy dh PUAS HATI sdh dgn kejayaan kamu
  • syukur sgt2
  • xmngapalah xdpt capai sasaran
  • yg penting sy TERKEJUT sgt td bile cigu fauziana cigu roziana & teacher chai ckp dgn saya TAHNIAH fairuz shafiq dpt A+ Add Maths
  • suke sgt sy nk nangis td


Sungguh,, saya menangis bila baca ayat dari mentor saya tu... ;(    Alhamdulilah,,, barulah saya tahu hikmahnya,, rupa-rupanya orang yang menyayangi kita akan menerima diri kita seadanya.... Ya itulah antara hikmah yang saya peroleh.... Kemudian ada ramai lagi cikgu-cikgu dan kawan-kawn yang ucapkan tahniah,,, saya layan semua chat dari mereka sampailah pukul 2 pagi baru tidur,,, hehhe...

Apa yang ingin saya higlight dalam post kali ini ialah..... syukuri lah segala pemberian dari Allah....
Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka azab ku sangat pedih"


Sekian sahaja untuk hari ini,, Assalamualaikum =)










 









Monday, 26 March 2012

E-mel tentang jodoh =)

~ Assalamualaikum warahmatullah ~


Saya  ingin  berkongsi  kepada pembaca  yang dikasihi sekalian tentang sebahagian daripada babak novel “Cinta kembali bertasbih”.. Babak ni bagi saya dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca sekalian.. Oleh itu, saya kongsikan dengan anda semua.. Jika anda berminat dengan novel ini, anda boleh mendapatkannya d kedai-kedai buku, dan untuk pengetahuan, novel ini adalah novel bestseller.. Semasa membeli novel ni, kebetulan hanya tinggal satu,, apalagi belilah terus, hhehe.. Apapun mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat.. Selamat membaca =)



……Wawa segera menekan papan kekunci computer di hadapannya dan menulis sesuatu.

Assalamualaikum,
Ustaz Rahman, sedang buat apa di kamar sendirian? Maaf mengganggu. Memandangkan ustaz  lebih suka saya mengutus e-mel, maka saya bertanya menerusi e-mel saja. Apabila ustaz berkelapangan bolehlah ustaz menjawabnya.
Sekadar  mahu mengambil peluang bertanya satu soalan. Bagaimana cara terbaik bagi mencari jodoh? Boleh ustaz terangkan bagaimana perempuan solehah mendapatkan jodohnya?
Saya tahu yang saya ni tak begitu warak, tetapi jauh di dasar hati saya mengimpikan lelaki yang baik. Lagipun , saya percaya semua wanita mahukan suami yang baik tetapi mereka tidak tahu cara mendapatkannya. Boleh ustaz membantu saya?
Itu sahaja untuk kali ini. Saya menunggu jawapannya.
Wassalam.

…….. Selepas  beberapa minit berlalu, dia kembali duduk di kerusi. Dia menyedari ada e-mel baru. Dia segera membukanya.

         “Ustaz Rahman ! Cepatnya dia membalas.” Wawa teruja. Dia langsung membaca e-mel itu.

Assalamualaikum kembali.
Saya sedang duduk memandang skrin kosong, tiba-tiba saya menerima e-mel. Jadi saya terus membalasnya. Saya pun tidak ada kerja buat masa ini, saya berkelapangan menjawab e-mel Wawa.

Biasanya jodoh gadis yang baik ditentukan oleh bapa si gadis yang mempunyai ilmu agama dan tahu menilai antara buruk dan baik.. Sebab itu kita melihat dalam beberapa kisah teladan ,ibu bapa yang soleh mencarikan jodoh buat anak perempuan mereka.

Mengapa begitu? Mengapa bapa yang sepatutnya  menentukan jodoh anak gadis mereka? Ini kerana rata-riti remaja belum pandai membezakan antara yang jujur dan hipokrit. Remaja biasanya masih mentah bagi menilai hakikat hati budi sesama insan. Atas sebab keterbatasan remaja dalam menilai sikap manusia, kehadiran ibu bapa diperlukan dalam mencari pasangan hidup mereka. Terutamanya bapa kepada si gadis. Kita melihat zaman ini, ramai gadis yang dicairkan oleh jejaka dengan ayat-ayat madah. Ramai gadis  ditipu dan dibawa lari oleh jejaka yang tidak  bertanggungjawab. Ini bukti yang gadis terlalu lemah bagi menilai kejujuran seorang teruna. Begitu juga si teruna yang baik adalah si teruna yang tidak terlalu memilih siapa jodohnya. Sebaliknya dia berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan daripada sikap baik  itulah akan memudahkan orang lain jatuh hati kepadanya.

Terima kasih.


          Wawa tersenyum sendirian. Memang dia bersetuju dengan pandangan Rahman.…… Dia tersenyum lebar. Dia melihat jam di dinding, hari masih panjang dan peluang masih ada bagi berbicara. Dia langsung membalas dan menambah persoalan baru kepada Rahman.


Assalamualaikum

Ustaz , saya memang tiada buat sebarang kerja masa ini. Daripada saya terperuk memandang dinding dan meja di pejabat, lebih baik saya mngambil peluang menambah persoalan. Bertambah juga ilmu saya. Apabila ustaz berkelapangan, ustaz balaslah ya. Itupun sekiranya sudi menjawabnya.

Saya mahu tahu bagaimana pula dengan teruna yang baik. Adakah dia juga terpaksa menyerahkan pilihan jodoh kepada ibu bapanya? Salahkah sekiranya teruna itu memilih sendiri siapa pasangannya?

Yang mahu tahu.
Wawa .


Lima belas minit kemudian…..

Waalaikumussalam, saya juga tiada sebarang kerja,daripada saya termangu melihat kerusi dan pejabat, ada baiknya saya menjawab e-mel wawa.

Melamar bukan kerja mudah. Memilih pasangan hidup bukan kerja senang. Apabila si gadis bergantung kepada si bapa, maka si teruna perlu lebih bersikap berdikari. Si teruna tidak sepatutnya menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak semestinya menanti lamaran dari keluarga tertentu. Sepatutnya si teruna sudah perlu menyedari dan menetukan kriteria asas gadis pilihannya.

Sudah tentu penentuan sikap dan kriteria ini didasarkan dengan pengetahuan agama. Selalunya lelaki yang beragama akan menilai akhlak keluarga bakal pasangan. Melihat pengamalan keagamaan dan kesungguhan ibu bapa si gadis dalam menjalankan tanggungjawab beragama. Seterusnya barulah dilihat ilmu dan sikap warak yang ada dalam diri si gadis. Sememangnya lelaki beragama tidak akan mudah menerima si gadis yang berasal  daripada keluarga yang rosak akhlak. Ini bukan kerana sombong, tetapi sememangnya disuruh dalam agama supaya memilih keturunan yang baik.

Nabi berpesan, “pilihlah isteri (solehah) bagi ditanamkan benih kamu. Sesungguhnya keturunan yang baik itu sangat mempengaruhi (zuriat).”

Atas sebab itu, pemilihan keturunan perlu dilakukan berhati-hati. Maksud keturunan di sini bukan yang kaya atau berharta, tetapi menekankan keturunan yang baik dan beragama. Apabila dapat yang kaya itu dianggap sebagai satu bonus. Seandainya tersilap memilih keturunan yang buruk, ia akan mewarnai perjalanan zuriat sampai kepada anak cucu dan cicit.

Hal ini sangat perlu difikirkan kerana anak-anak uang bakal lahir akan memberi kesan kepada generasi masa hadapan. Namun persoalan soal generasi ataupun zuriat yang akan mendatang selalunya tercicir daripada minda remaja. Ramai remaja zaman sekarang yang mencari pasangan sesuka hati atau sesedap rasa tanpa mengambil kisah soal akhlak dan agama bakal pasangan. Apatah lagi mahu memikirkan soal pembentukan generasi masa hadapan.

Itu sahaja buat kali ini.
Ada soalan lain?
Wassalam..

[ Sampai sini sahaja, perkongsian saya. Jika anda berminat dengan novel ini, carilah di kedai-kedai buku =) . Sekian sahaja, assalamualaikum ]  


Saturday, 10 March 2012

Solat Penawar Masalah

Assalamualaikum warahmatullah,  alhamdulilah,  syukur  ke  hadrat  Illahi  kerana  dengan  izinNya  saya  diberi  ruang  dan  kekuatan  untuk  menulis  dan  berkongsi  ilmu Allah  kepada  pembaca. Tajuk yang akan saya  bincangkan  hari  ini  ialah  Solat  penawar  masalah. Saya  mendapat  ilham untuk  menulis  tajuk ini  setelah membaca salah satu topik dalam buku La Tahzan karya Dr.Aidh. Tajuk ini sekaligus memberi peringatan kepada diri saya yang lemah bahawa kesedihan boleh diatasi dengan mengadu kepada Allah SWT. Hal ini kerana Dialah yang memberi dugaan kepada kita sebagai ujian dan cara Dia menunjukkan kasih sayangnya kepada kita, hambaNya. Namun, bagaimanakah caranya untuk kita mengadu kepada Allah?? Jawapannya ialah tajuk yang akan dikupas pada kali ini, iaitu solat. 



Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat  153 yang bermaksud :
“Wahai orang yang berfirman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar”

Dalam ayat ini, Allah sendiri telah mengatakan mintalah pertolongan dariNya dengan sabar dan solat. Oleh itu, sekiranya anda dirudung suatu masalah yang anda rasa sangat berat maka dirikanlah solat dengan segera, bermunajatlah dan mengadulah kepadaNya.. InsyaAllah dengan solat itu anda akan merasa tenang.

Rasulullah sendiri ketika dirudung masalah beliau akan menunaikan solat dan kemudiannya merasakan ketenangan, sepertimana baginda pernah bersabda kepada Bilal bin Rabah yang bermaksud, 
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat” ( Al-Hadis )

Sungguh, bila kita dalam kesusahan kita amat perlukan Allah.. Bila bersedih kita perlu merintih kepadaNya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu, dan sesungguhnya Dia maha pemurah lagi penyayang. Cukuplah setakat kita mendirikan solat 5waktu untuk kita bermunajat dan mengadu kepadaNya. Namun adalah lebih baik jika anda mengusahakan untuk mendirikan solat sunat di samping solat fardhu.

Jika kita lihat reality masa kini, ramai orang yang melepaskan tekanan dan kesedihan dengan cara yang salah. Antaranya dengan minum arak, berzina, membunuh diri dan pelbagai lagi. Mereka merasakan dengan cara demikian masalah akan dapat diselesaikan. Namun, hakikatnya, masalah mereka akan terus bertambah!!

Oleh itu para pembaca sekalian janganlah kita memilih jalan yang salah. Pilihlah jalan yang benar lagi nyata. Ketahuilah dengan kembali kepada Allah kita dapat menyelesaikan setiap masalah dengan izinNya. Dan jika kita menjauhi diri dariNya, ketahuilah hidup anda akan lebih sengsara. 

Sekian sahaja untuk topik hari ini. Mudah-mudahan topik hari ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan semestinya para pembaca sekalian. Pesanan saya jom kita sama-sama amalkan mulai hari ini, mengadulah kepada Allah dengan solat dan jangan mengadu kat muka buku kerana muka buku bukannya dapat membantu pun =) ..

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala silap itu dari diri saya sendiri dan harap dimaafkan dan kalau boleh tegur-tegurlah kesilapan saya itu ya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Monday, 27 February 2012

Cinta dan Solat???

Assalamualaikum wbt, topik yang akan saya bincang ini adalah hasil pembacaan saya terhadap satu topik dalam buku  "Psikologi Cinta" iaitu bab cinta dan solat. Rupa-rupanya cinta dan solat adalah saling berkait rapat. Subhanallah, maha suci Allah yang telah menciptakan cinta!! Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca.



ISLAM agama yang syumul dan Allah yang menciptakannya turut menciptakan pelbagai penawar kepada penyakit dan derita yang ditanggung oleh manusia. Segala keinginan, kehendak, doa dan bimbingan boleh dipohon melalui solat. Solat adalah cara kita berkomunikasi kepada Allah. Oleh itu, Allah menciptakan pelbagai jenis solat agar kita tdak jemu memohon kebaikanNya. Berikut merupakan beberapa jenis solat yang dapat menyampaikan anda kepada cinta..



1. Solat hajat :   
Anda mahukan sesuatu?? Bagaimana mahu mendapatkannya?? Malu dikatakan perigi mencari timba atau pemuda tak tahu malu?? Apa yang perlu dilakukan?? Kenapa tidak memohon sahaja kepada sang pencipta cinta iaitu Allah?? Pohonlah cinta dan bantuan kepadaNYA .. Anda boleh memohon kepadaNYA bila-bila masa sahaja. Allah yang menciptakan cinta. Cinta yang terbaik adalah cinta yang diredhaiNYA,, cinta yang dijaga batas-batas pergaulan dan akhlak percintaan serta ditunjangi keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Tunaikanlah solat hajat sekerap yang mungkin.. Jangan berputus asa memohon kepadaNYA!!!

2. Solat Istikharah :
Bagaimana pula jika harus memilih antara dua orang calon, siapa yang harus dipilih??? Semua persoalan dapat dirungkai dengan menunaikan solat Istikharah. Dalam sebuah hadis shahih riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad mengajarkan solat Istikharah yang bertujuan memohon hal yang baik dalam sesuatu urusan. Solat Istikharah membantu kita membuat pilihan yang terbaik ketika berhajatkan sesuatu. Lakukanlah solat Istikharah sekerap mungkin sehingga kita yakin dengan pilihan hati.

3. Solat Taubat :
Bagi orang yang bercinta sebelum berkahwin, situasi yang sering dihadapi adalah tidak terlepas dari melakukan dosa. Ia berlaku kerana kebanyakan orang yang bercinta tidak menjaga batas dan adab-adab dalam percintaan. Oleh sebab itu, mereka dituntut untuk melakukan solat taubat bagi menyucikan diri dari dosa yang dilakukan.. Setelah memohon keampunanNYA, kita tidak boleh mengulangi kesalahan tersebut. Kita harus berubah kepada yang lebih baik apabila telah bertaubat!!

4. Solat Tahajud :
Orang yang bercinta tidak seharusnya jauh dari solat tahajud. Ini kerana kita diciptakan untuk mencintai Allah. Adam dan Hawa tercipta sebagai manusia yang mula-mula sekali menikmati cinta. Siapa yang telah menganugerahkan cinta di hati mereka?? Tidak lain tidak bukan adalah Allah. Kita adalah pengembara menuju kepadaNYA, kita dalam perjalanan pulang ke tempat asal manusia iaitu syurga!! Maka salah satu tiket untuk beroleh cinta hakiki di syurga adalah melalui solat tahajud. Jika anda ingin memahami hakikat hidup yang sebenar, hampirkanlah diri kepada pencipta segala cinta. Sedar atau tidak, kecintaan kepada dunia dan seisinya  menjadikan manusia semakinn jauh dari penciptanya. Tanpa disedari, segala yang berlaku ada yang menentukannya. Bangkitlah dari tidur, bukakanlah mata dan persiapkan diri untuk kembali ke pangkuanNYA.  Ingatlah bahawa janji-janji Allah adalah benar,syurga dan neraka adalah benar, dan pertemuan dengan Allah adalah benar...



Kesimpulannya, kita harus menyedari bahawa cinta kepada makhluk bukanlah segala-galanya. Pandangan kita tertutup dengan keindahan dunia, maka cinta manusia yang didamba-damba.  Hakikatnya cinta bukan satu. Kita bebas memiliki dan memilih pelbagai jenis cinta tetapi kita tidak seharusnya memisahkan solat daripada cinta kerana melalui solat kita akan beroleh cinta sebenr dan hakiki.

Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada saya dan anda semua. Akhirul kalam assalamualaikum warahmatullah.. =)



Wednesday, 22 February 2012

Sifat-sifat yang dicintai Allah


Subahanallah wal hamdulillah.... Topik yang akan saya kupas ini adalah topik yang menarik dan InsyaAllah dapat membantu kita untuk memuhasabah diri..

Terdapat beberapa sifat  yang menyebabkan seseorang hamba Allah dikasihi dan dicintaiNYA sehingga seseorang hamba Allah mendapat keredhaanNya. Berikut merupakan sifat-sifat yang dicintai Allah :


  1. Bertaubat, iaitu kembali kepada Allah setelah menyesal atas dosa yang dilakukan. Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat " ( Al-Baqarah :222)
  2. Suci dan bersih. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah menyukai yang cantik, dan Allah suka melihat kesan nikmatNya pada hambaNya ".
  3. Ihsan. Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. " ( Al Baqarah: 195)
  4. Bertakwa. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Hakikat takwa tidak dapat diperolehi oleh seorang hamba sehinggalah ia meninggalkan suatu yang tidak merbahaya lantaran takut terjebak kepada bahaya yang lain ". Allah juga berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertakwa " (Ali Imran:76)
  5. Sabar. Allah berfirman yang bermaksud " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar" ( Ali Imran : 146)
  6. Tawakal. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya " (Ali Imran : 159)
  7. Saksama dan adil. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil " (Al Maidah : 42)
  8. Berjuang menegakkan agama Allah. Firman Allah dalam surah As-Soff ayat 4 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ".
  9. Tawaduk dan mesra sesama mukminin. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud " Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman "
  10. Tegas terhadap orang kafir. Firman Allah yang bermaksud " ......Berlaku tegas(gagah) terhadap orang-orang yang kafir " (Al-Maidah:54)
  11. Berjihad di jalan Allah. Allah berfirman bermaksud " Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela " (Al-Maidah:54) 
Baiklah, marilah sama-sama kita renungkan dan cuba amalkan. InsyaAllah, sekiranya kita berusaha dan mengamalkannya, Allah akan mengasihi dan mencintai kita. Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada saya dan anda. 

Sekian, akhirul kalam assalamualaikum....


Guru juga teman ..

"Ulama adalah pewaris nabi...."

Assalamualaikum.. Untuk hari ini, terdetik di fikiran saya untuk menulis dan mengupas tajuk ini " Guru juga teman". Apabila membicarakan tentang guru, teringat pula dekat guru-guru saya yang pernah mengajar saya semasa di bangku sekolah. Bagi saya guru bukan hanya sekadar guru. Tetapi guru juga adalah teman. Zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Dulu, para pelajar takut dengan guru, bila ada guru masuk ke kelas semua pelajar diam. (hehehe). Sekarang, guru-guru amat mesra dengan para pelajar, dan begitu juga para pelajar amat mesra dengan guru sama mesra dengan rakan-rakan. TAPI, walaubagaimanapun, seorang pelajar tetap kena ada batasnya bila bergaul dengan guru.

Ingin saya berkongsi cerita tentang beberapa orang guru yang juga merangkap teman saya...

 
Cikgu Fairuz, mentor saya. Dia bukanlah guru yang mengajar kat kelas saya, tapi dia amat rapat dengan saya dan kawan-kawan. Dia mengajar subjek matematik dan matematik tambahan. Pada tahun lalu(2011), dia menjadi mentor saya. Sebagai mentor, dia banyak membantu saya dalam persiapan menghadapi SPM. Dia banyak memberi nasihat dan tip-tip berguna buat saya. Saya amat berterima kasih kepadanya. Walaupun terdapat pelajar lain yang tidak menyukai, bagi saya dia tetap seorang guru yang ( bak kata Boboiboy) TERBAIK. Apa yang saya suka tentang dia ialah, dia seorang yang berfikiran positif dan tabah dalam menghadapi cabaran tugas sebagai guru. Saya doakan beliau akan berjaya menjadi guru cemerlang suatu hari nanti, InsyaAllah.



Yang seterusnya ialah Ustazah Sanisah. Beliau merupakan guru paling lama yang mengajar kami. Sejak dari tingkatan 1 hinggalah tngkatan 5. Semasa tingkatan 4 dia menjadi guru kelas kami. Ustazah ialah seorang guru yang lemah lembut tapi garang juga dalam masa yang sama. (hehe) Beliau mengajar kami subjek Pendidikan Islam. Dengar-dengar juga, tahun ini mungkin tahun terakhir beliau mencurahkan bakti di SMK Elopura 2 kerana akan kembali ke negeri tercinta.  Ustazah Sanisah bukan saja guru yang baik tapi juga teman yang baik. Beliau amat sporting dan murah hati. Apabila kami meminta pertolongan dia akan cuba membantu apa yang mampu. Dia banyak memberi bantuan kepada saya dan rakan seperjuangan yang lain. Sungguh jasanya itu takkan dilupakan dan saya mendoakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ustazah. Terima kasih Ustazah, Jazakallahukhairan !!


Baiklah saya rasa cukuplah saya bercerita tentang dua orang guru saya ini. Sebenarnya bukan berarti hanya mereka guru yang saya sayang, semua guru yang mengajar saya sayang kerana Allah!!! Ada ramai lagi guru yang mengajar saya dan rakan-rakan seperjuangan seperti Cikgu Chai, Cikgu Yee Xin Hoong, Cikgu Zulizah, Cikgu Nizamul, Cikgu Redzuan, Cikgu Dayang, Cikgu Famolia, Cikgu Shanti, Cikgu Normah dan tidak terkecuali Cikgu Poh Siew Boon merangkap pengetua sekolah.

Sungguh, jasa guru-guru semua takkan dilupa. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu cikgu, saya sayang cikgu !!!

Sekian saja untuk kali ini. Saya kongsikan juga foto-foto saya dengan guru-guru saya bersama rakan-rakan.











Tuesday, 21 February 2012

Definisi Cinta menurut Al-Quran & Hadis.

Terdapat pelbagai definisi cinta di dalam Quran. Antaranya ialah seperti berikut :

  • Kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan dan kelazatan hidup.
  • Keasyikan dan keinginan kepada perkara-perkara yang disenangi.
  • Perkongsian, kemuliaan hati, kasih sayang, hormat dan ketaatan kepada yang dicintai.
  • Cinta yang tulen lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling kasih-mengasihi sesama Islam.

Selain daripada pengertian yang terdapat di dalam Al-Quran, perlakuan yang membawa kepada kecintaan hakiki digambarkan dengan jelas dalam beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW, seperti berikut :
  • Saling menyebarkan salam dan ucap hormat.
  • Memelihara silaturahim - saling berhubung dan ziarah menziarahi.
  • Cinta kepada Allah dan Rasul, serta cinta sesama manusia kerana Allah semata-mata akan melahirkan kenikmatan iman.
Apa yang saya paparkan di sini adalah sebilangan kecil definisi cinta yang digarap daripada Quran dan Sunnah. Secara amnya, cinta di dalam Quran dan Sunnah membawa para Muslimin dan Muslimat untuk mencintai Allah dan Rasulullah, di samping memperkembangkan kehebatan cinta itu kepada manusia dan ciptaanNya yang lain.







Monday, 16 January 2012

Pentingnya semangat jihad!

Ramai orang yang menyalahtafsirkan erti jihad. Ada yang beranggapan jihad itu "terrorist". Ada juga yang beranggapan jihad itu berperang. Namun sebenarnya jihad bukanlah seperti apa yang mereka tafsirkan. Jihad dari sudut bahasa bermaksud bersungguh-sungguh. Dari sudut istilah jihad ialah berusaha melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh.
Semangat jihad ini penting untuk memastikan setiap perkara yang kita lakukan mendapat hasil yang lumayan. Para pelajar yang mempunyai semangat jihad akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Para guru pula akan lebh produktif dalam memastikan anak didik mereka mencapai kejayaan.
Kesimpulannya, setiap individu perlu memiliki semangat jihad!

Friday, 13 January 2012

Kenapa kita perlu berdoa apabila telah berusaha?

DOA itu senjata mukmin. Tak lengkap usaha kita tanpa doa. Doa membolehkan peratus usaha kita untuk berjaya meningkat. Selain itu, doa menggalakkan kita untuk sentiasa bersikap optimis. Kesimpulannya, rajin-rajinlah berdoa.