Translate

Monday, 27 February 2012

Cinta dan Solat???

Assalamualaikum wbt, topik yang akan saya bincang ini adalah hasil pembacaan saya terhadap satu topik dalam buku  "Psikologi Cinta" iaitu bab cinta dan solat. Rupa-rupanya cinta dan solat adalah saling berkait rapat. Subhanallah, maha suci Allah yang telah menciptakan cinta!! Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca.



ISLAM agama yang syumul dan Allah yang menciptakannya turut menciptakan pelbagai penawar kepada penyakit dan derita yang ditanggung oleh manusia. Segala keinginan, kehendak, doa dan bimbingan boleh dipohon melalui solat. Solat adalah cara kita berkomunikasi kepada Allah. Oleh itu, Allah menciptakan pelbagai jenis solat agar kita tdak jemu memohon kebaikanNya. Berikut merupakan beberapa jenis solat yang dapat menyampaikan anda kepada cinta..



1. Solat hajat :   
Anda mahukan sesuatu?? Bagaimana mahu mendapatkannya?? Malu dikatakan perigi mencari timba atau pemuda tak tahu malu?? Apa yang perlu dilakukan?? Kenapa tidak memohon sahaja kepada sang pencipta cinta iaitu Allah?? Pohonlah cinta dan bantuan kepadaNYA .. Anda boleh memohon kepadaNYA bila-bila masa sahaja. Allah yang menciptakan cinta. Cinta yang terbaik adalah cinta yang diredhaiNYA,, cinta yang dijaga batas-batas pergaulan dan akhlak percintaan serta ditunjangi keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Tunaikanlah solat hajat sekerap yang mungkin.. Jangan berputus asa memohon kepadaNYA!!!

2. Solat Istikharah :
Bagaimana pula jika harus memilih antara dua orang calon, siapa yang harus dipilih??? Semua persoalan dapat dirungkai dengan menunaikan solat Istikharah. Dalam sebuah hadis shahih riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad mengajarkan solat Istikharah yang bertujuan memohon hal yang baik dalam sesuatu urusan. Solat Istikharah membantu kita membuat pilihan yang terbaik ketika berhajatkan sesuatu. Lakukanlah solat Istikharah sekerap mungkin sehingga kita yakin dengan pilihan hati.

3. Solat Taubat :
Bagi orang yang bercinta sebelum berkahwin, situasi yang sering dihadapi adalah tidak terlepas dari melakukan dosa. Ia berlaku kerana kebanyakan orang yang bercinta tidak menjaga batas dan adab-adab dalam percintaan. Oleh sebab itu, mereka dituntut untuk melakukan solat taubat bagi menyucikan diri dari dosa yang dilakukan.. Setelah memohon keampunanNYA, kita tidak boleh mengulangi kesalahan tersebut. Kita harus berubah kepada yang lebih baik apabila telah bertaubat!!

4. Solat Tahajud :
Orang yang bercinta tidak seharusnya jauh dari solat tahajud. Ini kerana kita diciptakan untuk mencintai Allah. Adam dan Hawa tercipta sebagai manusia yang mula-mula sekali menikmati cinta. Siapa yang telah menganugerahkan cinta di hati mereka?? Tidak lain tidak bukan adalah Allah. Kita adalah pengembara menuju kepadaNYA, kita dalam perjalanan pulang ke tempat asal manusia iaitu syurga!! Maka salah satu tiket untuk beroleh cinta hakiki di syurga adalah melalui solat tahajud. Jika anda ingin memahami hakikat hidup yang sebenar, hampirkanlah diri kepada pencipta segala cinta. Sedar atau tidak, kecintaan kepada dunia dan seisinya  menjadikan manusia semakinn jauh dari penciptanya. Tanpa disedari, segala yang berlaku ada yang menentukannya. Bangkitlah dari tidur, bukakanlah mata dan persiapkan diri untuk kembali ke pangkuanNYA.  Ingatlah bahawa janji-janji Allah adalah benar,syurga dan neraka adalah benar, dan pertemuan dengan Allah adalah benar...



Kesimpulannya, kita harus menyedari bahawa cinta kepada makhluk bukanlah segala-galanya. Pandangan kita tertutup dengan keindahan dunia, maka cinta manusia yang didamba-damba.  Hakikatnya cinta bukan satu. Kita bebas memiliki dan memilih pelbagai jenis cinta tetapi kita tidak seharusnya memisahkan solat daripada cinta kerana melalui solat kita akan beroleh cinta sebenr dan hakiki.

Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada saya dan anda semua. Akhirul kalam assalamualaikum warahmatullah.. =)



Wednesday, 22 February 2012

Sifat-sifat yang dicintai Allah


Subahanallah wal hamdulillah.... Topik yang akan saya kupas ini adalah topik yang menarik dan InsyaAllah dapat membantu kita untuk memuhasabah diri..

Terdapat beberapa sifat  yang menyebabkan seseorang hamba Allah dikasihi dan dicintaiNYA sehingga seseorang hamba Allah mendapat keredhaanNya. Berikut merupakan sifat-sifat yang dicintai Allah :


  1. Bertaubat, iaitu kembali kepada Allah setelah menyesal atas dosa yang dilakukan. Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat " ( Al-Baqarah :222)
  2. Suci dan bersih. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah menyukai yang cantik, dan Allah suka melihat kesan nikmatNya pada hambaNya ".
  3. Ihsan. Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. " ( Al Baqarah: 195)
  4. Bertakwa. Rasulullah bersabda yang bermaksud " Hakikat takwa tidak dapat diperolehi oleh seorang hamba sehinggalah ia meninggalkan suatu yang tidak merbahaya lantaran takut terjebak kepada bahaya yang lain ". Allah juga berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertakwa " (Ali Imran:76)
  5. Sabar. Allah berfirman yang bermaksud " Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar" ( Ali Imran : 146)
  6. Tawakal. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya " (Ali Imran : 159)
  7. Saksama dan adil. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil " (Al Maidah : 42)
  8. Berjuang menegakkan agama Allah. Firman Allah dalam surah As-Soff ayat 4 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ".
  9. Tawaduk dan mesra sesama mukminin. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud " Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman "
  10. Tegas terhadap orang kafir. Firman Allah yang bermaksud " ......Berlaku tegas(gagah) terhadap orang-orang yang kafir " (Al-Maidah:54)
  11. Berjihad di jalan Allah. Allah berfirman bermaksud " Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela " (Al-Maidah:54) 
Baiklah, marilah sama-sama kita renungkan dan cuba amalkan. InsyaAllah, sekiranya kita berusaha dan mengamalkannya, Allah akan mengasihi dan mencintai kita. Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada saya dan anda. 

Sekian, akhirul kalam assalamualaikum....


Guru juga teman ..

"Ulama adalah pewaris nabi...."

Assalamualaikum.. Untuk hari ini, terdetik di fikiran saya untuk menulis dan mengupas tajuk ini " Guru juga teman". Apabila membicarakan tentang guru, teringat pula dekat guru-guru saya yang pernah mengajar saya semasa di bangku sekolah. Bagi saya guru bukan hanya sekadar guru. Tetapi guru juga adalah teman. Zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Dulu, para pelajar takut dengan guru, bila ada guru masuk ke kelas semua pelajar diam. (hehehe). Sekarang, guru-guru amat mesra dengan para pelajar, dan begitu juga para pelajar amat mesra dengan guru sama mesra dengan rakan-rakan. TAPI, walaubagaimanapun, seorang pelajar tetap kena ada batasnya bila bergaul dengan guru.

Ingin saya berkongsi cerita tentang beberapa orang guru yang juga merangkap teman saya...

 
Cikgu Fairuz, mentor saya. Dia bukanlah guru yang mengajar kat kelas saya, tapi dia amat rapat dengan saya dan kawan-kawan. Dia mengajar subjek matematik dan matematik tambahan. Pada tahun lalu(2011), dia menjadi mentor saya. Sebagai mentor, dia banyak membantu saya dalam persiapan menghadapi SPM. Dia banyak memberi nasihat dan tip-tip berguna buat saya. Saya amat berterima kasih kepadanya. Walaupun terdapat pelajar lain yang tidak menyukai, bagi saya dia tetap seorang guru yang ( bak kata Boboiboy) TERBAIK. Apa yang saya suka tentang dia ialah, dia seorang yang berfikiran positif dan tabah dalam menghadapi cabaran tugas sebagai guru. Saya doakan beliau akan berjaya menjadi guru cemerlang suatu hari nanti, InsyaAllah.



Yang seterusnya ialah Ustazah Sanisah. Beliau merupakan guru paling lama yang mengajar kami. Sejak dari tingkatan 1 hinggalah tngkatan 5. Semasa tingkatan 4 dia menjadi guru kelas kami. Ustazah ialah seorang guru yang lemah lembut tapi garang juga dalam masa yang sama. (hehe) Beliau mengajar kami subjek Pendidikan Islam. Dengar-dengar juga, tahun ini mungkin tahun terakhir beliau mencurahkan bakti di SMK Elopura 2 kerana akan kembali ke negeri tercinta.  Ustazah Sanisah bukan saja guru yang baik tapi juga teman yang baik. Beliau amat sporting dan murah hati. Apabila kami meminta pertolongan dia akan cuba membantu apa yang mampu. Dia banyak memberi bantuan kepada saya dan rakan seperjuangan yang lain. Sungguh jasanya itu takkan dilupakan dan saya mendoakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ustazah. Terima kasih Ustazah, Jazakallahukhairan !!


Baiklah saya rasa cukuplah saya bercerita tentang dua orang guru saya ini. Sebenarnya bukan berarti hanya mereka guru yang saya sayang, semua guru yang mengajar saya sayang kerana Allah!!! Ada ramai lagi guru yang mengajar saya dan rakan-rakan seperjuangan seperti Cikgu Chai, Cikgu Yee Xin Hoong, Cikgu Zulizah, Cikgu Nizamul, Cikgu Redzuan, Cikgu Dayang, Cikgu Famolia, Cikgu Shanti, Cikgu Normah dan tidak terkecuali Cikgu Poh Siew Boon merangkap pengetua sekolah.

Sungguh, jasa guru-guru semua takkan dilupa. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu cikgu, saya sayang cikgu !!!

Sekian saja untuk kali ini. Saya kongsikan juga foto-foto saya dengan guru-guru saya bersama rakan-rakan.











Tuesday, 21 February 2012

Definisi Cinta menurut Al-Quran & Hadis.

Terdapat pelbagai definisi cinta di dalam Quran. Antaranya ialah seperti berikut :

  • Kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan dan kelazatan hidup.
  • Keasyikan dan keinginan kepada perkara-perkara yang disenangi.
  • Perkongsian, kemuliaan hati, kasih sayang, hormat dan ketaatan kepada yang dicintai.
  • Cinta yang tulen lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling kasih-mengasihi sesama Islam.

Selain daripada pengertian yang terdapat di dalam Al-Quran, perlakuan yang membawa kepada kecintaan hakiki digambarkan dengan jelas dalam beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW, seperti berikut :
  • Saling menyebarkan salam dan ucap hormat.
  • Memelihara silaturahim - saling berhubung dan ziarah menziarahi.
  • Cinta kepada Allah dan Rasul, serta cinta sesama manusia kerana Allah semata-mata akan melahirkan kenikmatan iman.
Apa yang saya paparkan di sini adalah sebilangan kecil definisi cinta yang digarap daripada Quran dan Sunnah. Secara amnya, cinta di dalam Quran dan Sunnah membawa para Muslimin dan Muslimat untuk mencintai Allah dan Rasulullah, di samping memperkembangkan kehebatan cinta itu kepada manusia dan ciptaanNya yang lain.