Translate

Monday, 27 February 2012

Cinta dan Solat???

Assalamualaikum wbt, topik yang akan saya bincang ini adalah hasil pembacaan saya terhadap satu topik dalam buku  "Psikologi Cinta" iaitu bab cinta dan solat. Rupa-rupanya cinta dan solat adalah saling berkait rapat. Subhanallah, maha suci Allah yang telah menciptakan cinta!! Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca.



ISLAM agama yang syumul dan Allah yang menciptakannya turut menciptakan pelbagai penawar kepada penyakit dan derita yang ditanggung oleh manusia. Segala keinginan, kehendak, doa dan bimbingan boleh dipohon melalui solat. Solat adalah cara kita berkomunikasi kepada Allah. Oleh itu, Allah menciptakan pelbagai jenis solat agar kita tdak jemu memohon kebaikanNya. Berikut merupakan beberapa jenis solat yang dapat menyampaikan anda kepada cinta..



1. Solat hajat :   
Anda mahukan sesuatu?? Bagaimana mahu mendapatkannya?? Malu dikatakan perigi mencari timba atau pemuda tak tahu malu?? Apa yang perlu dilakukan?? Kenapa tidak memohon sahaja kepada sang pencipta cinta iaitu Allah?? Pohonlah cinta dan bantuan kepadaNYA .. Anda boleh memohon kepadaNYA bila-bila masa sahaja. Allah yang menciptakan cinta. Cinta yang terbaik adalah cinta yang diredhaiNYA,, cinta yang dijaga batas-batas pergaulan dan akhlak percintaan serta ditunjangi keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Tunaikanlah solat hajat sekerap yang mungkin.. Jangan berputus asa memohon kepadaNYA!!!

2. Solat Istikharah :
Bagaimana pula jika harus memilih antara dua orang calon, siapa yang harus dipilih??? Semua persoalan dapat dirungkai dengan menunaikan solat Istikharah. Dalam sebuah hadis shahih riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad mengajarkan solat Istikharah yang bertujuan memohon hal yang baik dalam sesuatu urusan. Solat Istikharah membantu kita membuat pilihan yang terbaik ketika berhajatkan sesuatu. Lakukanlah solat Istikharah sekerap mungkin sehingga kita yakin dengan pilihan hati.

3. Solat Taubat :
Bagi orang yang bercinta sebelum berkahwin, situasi yang sering dihadapi adalah tidak terlepas dari melakukan dosa. Ia berlaku kerana kebanyakan orang yang bercinta tidak menjaga batas dan adab-adab dalam percintaan. Oleh sebab itu, mereka dituntut untuk melakukan solat taubat bagi menyucikan diri dari dosa yang dilakukan.. Setelah memohon keampunanNYA, kita tidak boleh mengulangi kesalahan tersebut. Kita harus berubah kepada yang lebih baik apabila telah bertaubat!!

4. Solat Tahajud :
Orang yang bercinta tidak seharusnya jauh dari solat tahajud. Ini kerana kita diciptakan untuk mencintai Allah. Adam dan Hawa tercipta sebagai manusia yang mula-mula sekali menikmati cinta. Siapa yang telah menganugerahkan cinta di hati mereka?? Tidak lain tidak bukan adalah Allah. Kita adalah pengembara menuju kepadaNYA, kita dalam perjalanan pulang ke tempat asal manusia iaitu syurga!! Maka salah satu tiket untuk beroleh cinta hakiki di syurga adalah melalui solat tahajud. Jika anda ingin memahami hakikat hidup yang sebenar, hampirkanlah diri kepada pencipta segala cinta. Sedar atau tidak, kecintaan kepada dunia dan seisinya  menjadikan manusia semakinn jauh dari penciptanya. Tanpa disedari, segala yang berlaku ada yang menentukannya. Bangkitlah dari tidur, bukakanlah mata dan persiapkan diri untuk kembali ke pangkuanNYA.  Ingatlah bahawa janji-janji Allah adalah benar,syurga dan neraka adalah benar, dan pertemuan dengan Allah adalah benar...



Kesimpulannya, kita harus menyedari bahawa cinta kepada makhluk bukanlah segala-galanya. Pandangan kita tertutup dengan keindahan dunia, maka cinta manusia yang didamba-damba.  Hakikatnya cinta bukan satu. Kita bebas memiliki dan memilih pelbagai jenis cinta tetapi kita tidak seharusnya memisahkan solat daripada cinta kerana melalui solat kita akan beroleh cinta sebenr dan hakiki.

Mudah-mudahan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada saya dan anda semua. Akhirul kalam assalamualaikum warahmatullah.. =)



video

1 comment: