Translate

Wednesday, 22 February 2012

Guru juga teman ..

"Ulama adalah pewaris nabi...."

Assalamualaikum.. Untuk hari ini, terdetik di fikiran saya untuk menulis dan mengupas tajuk ini " Guru juga teman". Apabila membicarakan tentang guru, teringat pula dekat guru-guru saya yang pernah mengajar saya semasa di bangku sekolah. Bagi saya guru bukan hanya sekadar guru. Tetapi guru juga adalah teman. Zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Dulu, para pelajar takut dengan guru, bila ada guru masuk ke kelas semua pelajar diam. (hehehe). Sekarang, guru-guru amat mesra dengan para pelajar, dan begitu juga para pelajar amat mesra dengan guru sama mesra dengan rakan-rakan. TAPI, walaubagaimanapun, seorang pelajar tetap kena ada batasnya bila bergaul dengan guru.

Ingin saya berkongsi cerita tentang beberapa orang guru yang juga merangkap teman saya...

 
Cikgu Fairuz, mentor saya. Dia bukanlah guru yang mengajar kat kelas saya, tapi dia amat rapat dengan saya dan kawan-kawan. Dia mengajar subjek matematik dan matematik tambahan. Pada tahun lalu(2011), dia menjadi mentor saya. Sebagai mentor, dia banyak membantu saya dalam persiapan menghadapi SPM. Dia banyak memberi nasihat dan tip-tip berguna buat saya. Saya amat berterima kasih kepadanya. Walaupun terdapat pelajar lain yang tidak menyukai, bagi saya dia tetap seorang guru yang ( bak kata Boboiboy) TERBAIK. Apa yang saya suka tentang dia ialah, dia seorang yang berfikiran positif dan tabah dalam menghadapi cabaran tugas sebagai guru. Saya doakan beliau akan berjaya menjadi guru cemerlang suatu hari nanti, InsyaAllah.



Yang seterusnya ialah Ustazah Sanisah. Beliau merupakan guru paling lama yang mengajar kami. Sejak dari tingkatan 1 hinggalah tngkatan 5. Semasa tingkatan 4 dia menjadi guru kelas kami. Ustazah ialah seorang guru yang lemah lembut tapi garang juga dalam masa yang sama. (hehe) Beliau mengajar kami subjek Pendidikan Islam. Dengar-dengar juga, tahun ini mungkin tahun terakhir beliau mencurahkan bakti di SMK Elopura 2 kerana akan kembali ke negeri tercinta.  Ustazah Sanisah bukan saja guru yang baik tapi juga teman yang baik. Beliau amat sporting dan murah hati. Apabila kami meminta pertolongan dia akan cuba membantu apa yang mampu. Dia banyak memberi bantuan kepada saya dan rakan seperjuangan yang lain. Sungguh jasanya itu takkan dilupakan dan saya mendoakan semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ustazah. Terima kasih Ustazah, Jazakallahukhairan !!


Baiklah saya rasa cukuplah saya bercerita tentang dua orang guru saya ini. Sebenarnya bukan berarti hanya mereka guru yang saya sayang, semua guru yang mengajar saya sayang kerana Allah!!! Ada ramai lagi guru yang mengajar saya dan rakan-rakan seperjuangan seperti Cikgu Chai, Cikgu Yee Xin Hoong, Cikgu Zulizah, Cikgu Nizamul, Cikgu Redzuan, Cikgu Dayang, Cikgu Famolia, Cikgu Shanti, Cikgu Normah dan tidak terkecuali Cikgu Poh Siew Boon merangkap pengetua sekolah.

Sungguh, jasa guru-guru semua takkan dilupa. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu cikgu, saya sayang cikgu !!!

Sekian saja untuk kali ini. Saya kongsikan juga foto-foto saya dengan guru-guru saya bersama rakan-rakan.











2 comments:

  1. sekadar pesanan dan renungan bersama, bila kita rasa diri telah sempurna kadang kadang kita lupa rupanya masih ada kekurangan kita.Jauh di sudut hati cikgu mendoakan kamu berjaya tapi mungkin ada hati -hati kecil yang tersentuh dengan apa yang kita buat tanpa ki ta sedari. Tidak mudah untuk menjadi sempurna tetapi mencuba untuk menjadi sempurna adalah lebih baik. Andai suatu hari kamu berjaya nanti cikgu harap kamu dapat berjumpa cikgu dan akan cikgu beritahu kamu sesuatu yang membuatkan cikgu betul betul tersentuh

    ReplyDelete