Translate

Friday, 30 March 2012

Result SPM ku =)

Assalamualaikum... Hari ini, saya  teringin pula mahu berkongsi dengan para pembaca tentang keputusan SPM saya.. Walaupun dah seminggu berlalu, apa salahnya untuk saya berkongsi kan?? Baiklah begini ceritanya..

21 Mac 2012 - Lepas subuh.

Selepas solat subuh,, saya tak boleh berhenti memikirkan tentang result SPM saya.. Actually,, semenjak malam sebelum tu lagi dah saya tak boleh berhenti memikirkannya, sampai jam 2 pagi begitu,, baharulah saya dapat tidur... Lepas bangun subuh,,  dengan mata merah lagi sakit, saya terus memikirkan result saya.. Ya Allah,, sungguh tak keruan hidup saya hanya kerana result!! Selepas jam 8,, saya buka facebook untuk lihat "perkembangan" kawan-kawan facebooker pasca SPM 2011... Ternyata jangkaan saya tepat,, 80% [lebih kuranglah] dari kawan-kawan facebooker membincangkan tentang result SPM yang bakal keluar pada pukul 10 pagi.. Huhu... SPM,, kenapa diri begitu berharga ya?? Then,, saya adalah juga chat dengan beberapa orang rakan saya,, seperti Fika, Thomas, Solehah, dan beberapa lagi yang dah saya lupa orangnya, hehe.. Saya memberi kata-kata perangsang terakhir [ sambil hati turut nervous tahap kritikal]...

Okay,, jam 9 saya offline.. Actualy cikgu saya ada berpesan dengan saya untuk offkan handphone dan facebook dari jam 10 - 12,, katanya mahu buat surprise.. [ saya pada waktu itu berada di sarawak]... Jadi saya pun menurutlah....

Dipendekkan cerita,, lepas jam 12,, saya on kan semula handphone dan facebook,,, alngkah terkejutnya saya bila menerima dua sms, satu dari ustzah sanisah,, satu dari darliana... Okay,, saya pun baca sms usth dulu... Lebih kurang begini smsnya " Tahniah syafik dapat 7A,, sama mcm mimpi ustazah,, tapi agama ustzh tak tahu dapat berapa "... Jeng jeng jeng,, 7A??? 7A jer??? Fuh punya frust bila saya baca sms tu,, macam tak percaya je.... Ceh... Jadi saya pun terpaksa menunggu khabar dari cikgu merangkap mentor saya untuk mengetahui kesahihannya,,.. Sementara menunggu tu, saya balaslah sms darliana then saya telefon kawan baik saya, Thomas Yapp...  Tak sangka Thomas berjaya dapat 7A,, hehe... Tapi saya masih tak puas,, tak puas dengan result saya,,, apakah benar sms ustzh dapat 7A?? Tiba-tiba teringat kata mentor saya " apapun esok bersedia untuk menerima apa sahaja resultnya,, itu semua hasil dari usaha kita juga "... Ya,, saya harus menerima apa sahaja hasilnya... Huhu, walaupun hati berat....

21 Mac 2012 - Jam 1 tengahhari

Setelah lama menunggu,, akhirnya,, mentor saya post kan picture result saya di facebook... Nah ini dia result saya.......



2A+, 4A, 1A-, 3B+..... Huhu,, alhamdulilah berakhir penantian... Tapi,, terus terang saya katakan, masa pertama kali tengok result saya tu,, saya agak kecewa,, kerana tak dapat capai target 10A... Tapi,, saya terus bersangka baik,, mungkin Allah ingin menguji ku @ ada hikmah yang Allah ingin tunjukkan @ mungkn ini kafarah atas dosa-dosa ku @ Allah ingin memberiku nikmat yang lain lebh baik...... Ya,, setelah berjam-jam akhirnya,, saya dapat menerima takdir dan bersyukur atas nikmatNYA.....

Memang benar ada hikmah di  atas semua yang berlaku ini... Pada waktu malam,, bila saya buka facebook,, saya menerima banyak ucapan tahniiah dari kawan-kawan hinggalah kepada guru-guru,,, Huhu,, dan pada malam tu saya menangis bila mentor saya mengucapkan ayat-ayat ni di kotak chat :


  • xpela
  • sy dh PUAS HATI sdh dgn kejayaan kamu
  • syukur sgt2
  • xmngapalah xdpt capai sasaran
  • yg penting sy TERKEJUT sgt td bile cigu fauziana cigu roziana & teacher chai ckp dgn saya TAHNIAH fairuz shafiq dpt A+ Add Maths
  • suke sgt sy nk nangis td


Sungguh,, saya menangis bila baca ayat dari mentor saya tu... ;(    Alhamdulilah,,, barulah saya tahu hikmahnya,, rupa-rupanya orang yang menyayangi kita akan menerima diri kita seadanya.... Ya itulah antara hikmah yang saya peroleh.... Kemudian ada ramai lagi cikgu-cikgu dan kawan-kawn yang ucapkan tahniah,,, saya layan semua chat dari mereka sampailah pukul 2 pagi baru tidur,,, hehhe...

Apa yang ingin saya higlight dalam post kali ini ialah..... syukuri lah segala pemberian dari Allah....
Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka azab ku sangat pedih"


Sekian sahaja untuk hari ini,, Assalamualaikum =)










 









Monday, 26 March 2012

E-mel tentang jodoh =)

~ Assalamualaikum warahmatullah ~


Saya  ingin  berkongsi  kepada pembaca  yang dikasihi sekalian tentang sebahagian daripada babak novel “Cinta kembali bertasbih”.. Babak ni bagi saya dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca sekalian.. Oleh itu, saya kongsikan dengan anda semua.. Jika anda berminat dengan novel ini, anda boleh mendapatkannya d kedai-kedai buku, dan untuk pengetahuan, novel ini adalah novel bestseller.. Semasa membeli novel ni, kebetulan hanya tinggal satu,, apalagi belilah terus, hhehe.. Apapun mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat.. Selamat membaca =)



……Wawa segera menekan papan kekunci computer di hadapannya dan menulis sesuatu.

Assalamualaikum,
Ustaz Rahman, sedang buat apa di kamar sendirian? Maaf mengganggu. Memandangkan ustaz  lebih suka saya mengutus e-mel, maka saya bertanya menerusi e-mel saja. Apabila ustaz berkelapangan bolehlah ustaz menjawabnya.
Sekadar  mahu mengambil peluang bertanya satu soalan. Bagaimana cara terbaik bagi mencari jodoh? Boleh ustaz terangkan bagaimana perempuan solehah mendapatkan jodohnya?
Saya tahu yang saya ni tak begitu warak, tetapi jauh di dasar hati saya mengimpikan lelaki yang baik. Lagipun , saya percaya semua wanita mahukan suami yang baik tetapi mereka tidak tahu cara mendapatkannya. Boleh ustaz membantu saya?
Itu sahaja untuk kali ini. Saya menunggu jawapannya.
Wassalam.

…….. Selepas  beberapa minit berlalu, dia kembali duduk di kerusi. Dia menyedari ada e-mel baru. Dia segera membukanya.

         “Ustaz Rahman ! Cepatnya dia membalas.” Wawa teruja. Dia langsung membaca e-mel itu.

Assalamualaikum kembali.
Saya sedang duduk memandang skrin kosong, tiba-tiba saya menerima e-mel. Jadi saya terus membalasnya. Saya pun tidak ada kerja buat masa ini, saya berkelapangan menjawab e-mel Wawa.

Biasanya jodoh gadis yang baik ditentukan oleh bapa si gadis yang mempunyai ilmu agama dan tahu menilai antara buruk dan baik.. Sebab itu kita melihat dalam beberapa kisah teladan ,ibu bapa yang soleh mencarikan jodoh buat anak perempuan mereka.

Mengapa begitu? Mengapa bapa yang sepatutnya  menentukan jodoh anak gadis mereka? Ini kerana rata-riti remaja belum pandai membezakan antara yang jujur dan hipokrit. Remaja biasanya masih mentah bagi menilai hakikat hati budi sesama insan. Atas sebab keterbatasan remaja dalam menilai sikap manusia, kehadiran ibu bapa diperlukan dalam mencari pasangan hidup mereka. Terutamanya bapa kepada si gadis. Kita melihat zaman ini, ramai gadis yang dicairkan oleh jejaka dengan ayat-ayat madah. Ramai gadis  ditipu dan dibawa lari oleh jejaka yang tidak  bertanggungjawab. Ini bukti yang gadis terlalu lemah bagi menilai kejujuran seorang teruna. Begitu juga si teruna yang baik adalah si teruna yang tidak terlalu memilih siapa jodohnya. Sebaliknya dia berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan daripada sikap baik  itulah akan memudahkan orang lain jatuh hati kepadanya.

Terima kasih.


          Wawa tersenyum sendirian. Memang dia bersetuju dengan pandangan Rahman.…… Dia tersenyum lebar. Dia melihat jam di dinding, hari masih panjang dan peluang masih ada bagi berbicara. Dia langsung membalas dan menambah persoalan baru kepada Rahman.


Assalamualaikum

Ustaz , saya memang tiada buat sebarang kerja masa ini. Daripada saya terperuk memandang dinding dan meja di pejabat, lebih baik saya mngambil peluang menambah persoalan. Bertambah juga ilmu saya. Apabila ustaz berkelapangan, ustaz balaslah ya. Itupun sekiranya sudi menjawabnya.

Saya mahu tahu bagaimana pula dengan teruna yang baik. Adakah dia juga terpaksa menyerahkan pilihan jodoh kepada ibu bapanya? Salahkah sekiranya teruna itu memilih sendiri siapa pasangannya?

Yang mahu tahu.
Wawa .


Lima belas minit kemudian…..

Waalaikumussalam, saya juga tiada sebarang kerja,daripada saya termangu melihat kerusi dan pejabat, ada baiknya saya menjawab e-mel wawa.

Melamar bukan kerja mudah. Memilih pasangan hidup bukan kerja senang. Apabila si gadis bergantung kepada si bapa, maka si teruna perlu lebih bersikap berdikari. Si teruna tidak sepatutnya menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak semestinya menanti lamaran dari keluarga tertentu. Sepatutnya si teruna sudah perlu menyedari dan menetukan kriteria asas gadis pilihannya.

Sudah tentu penentuan sikap dan kriteria ini didasarkan dengan pengetahuan agama. Selalunya lelaki yang beragama akan menilai akhlak keluarga bakal pasangan. Melihat pengamalan keagamaan dan kesungguhan ibu bapa si gadis dalam menjalankan tanggungjawab beragama. Seterusnya barulah dilihat ilmu dan sikap warak yang ada dalam diri si gadis. Sememangnya lelaki beragama tidak akan mudah menerima si gadis yang berasal  daripada keluarga yang rosak akhlak. Ini bukan kerana sombong, tetapi sememangnya disuruh dalam agama supaya memilih keturunan yang baik.

Nabi berpesan, “pilihlah isteri (solehah) bagi ditanamkan benih kamu. Sesungguhnya keturunan yang baik itu sangat mempengaruhi (zuriat).”

Atas sebab itu, pemilihan keturunan perlu dilakukan berhati-hati. Maksud keturunan di sini bukan yang kaya atau berharta, tetapi menekankan keturunan yang baik dan beragama. Apabila dapat yang kaya itu dianggap sebagai satu bonus. Seandainya tersilap memilih keturunan yang buruk, ia akan mewarnai perjalanan zuriat sampai kepada anak cucu dan cicit.

Hal ini sangat perlu difikirkan kerana anak-anak uang bakal lahir akan memberi kesan kepada generasi masa hadapan. Namun persoalan soal generasi ataupun zuriat yang akan mendatang selalunya tercicir daripada minda remaja. Ramai remaja zaman sekarang yang mencari pasangan sesuka hati atau sesedap rasa tanpa mengambil kisah soal akhlak dan agama bakal pasangan. Apatah lagi mahu memikirkan soal pembentukan generasi masa hadapan.

Itu sahaja buat kali ini.
Ada soalan lain?
Wassalam..

[ Sampai sini sahaja, perkongsian saya. Jika anda berminat dengan novel ini, carilah di kedai-kedai buku =) . Sekian sahaja, assalamualaikum ]  


Saturday, 10 March 2012

Solat Penawar Masalah

Assalamualaikum warahmatullah,  alhamdulilah,  syukur  ke  hadrat  Illahi  kerana  dengan  izinNya  saya  diberi  ruang  dan  kekuatan  untuk  menulis  dan  berkongsi  ilmu Allah  kepada  pembaca. Tajuk yang akan saya  bincangkan  hari  ini  ialah  Solat  penawar  masalah. Saya  mendapat  ilham untuk  menulis  tajuk ini  setelah membaca salah satu topik dalam buku La Tahzan karya Dr.Aidh. Tajuk ini sekaligus memberi peringatan kepada diri saya yang lemah bahawa kesedihan boleh diatasi dengan mengadu kepada Allah SWT. Hal ini kerana Dialah yang memberi dugaan kepada kita sebagai ujian dan cara Dia menunjukkan kasih sayangnya kepada kita, hambaNya. Namun, bagaimanakah caranya untuk kita mengadu kepada Allah?? Jawapannya ialah tajuk yang akan dikupas pada kali ini, iaitu solat. 



Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat  153 yang bermaksud :
“Wahai orang yang berfirman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar”

Dalam ayat ini, Allah sendiri telah mengatakan mintalah pertolongan dariNya dengan sabar dan solat. Oleh itu, sekiranya anda dirudung suatu masalah yang anda rasa sangat berat maka dirikanlah solat dengan segera, bermunajatlah dan mengadulah kepadaNya.. InsyaAllah dengan solat itu anda akan merasa tenang.

Rasulullah sendiri ketika dirudung masalah beliau akan menunaikan solat dan kemudiannya merasakan ketenangan, sepertimana baginda pernah bersabda kepada Bilal bin Rabah yang bermaksud, 
“Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat” ( Al-Hadis )

Sungguh, bila kita dalam kesusahan kita amat perlukan Allah.. Bila bersedih kita perlu merintih kepadaNya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu, dan sesungguhnya Dia maha pemurah lagi penyayang. Cukuplah setakat kita mendirikan solat 5waktu untuk kita bermunajat dan mengadu kepadaNya. Namun adalah lebih baik jika anda mengusahakan untuk mendirikan solat sunat di samping solat fardhu.

Jika kita lihat reality masa kini, ramai orang yang melepaskan tekanan dan kesedihan dengan cara yang salah. Antaranya dengan minum arak, berzina, membunuh diri dan pelbagai lagi. Mereka merasakan dengan cara demikian masalah akan dapat diselesaikan. Namun, hakikatnya, masalah mereka akan terus bertambah!!

Oleh itu para pembaca sekalian janganlah kita memilih jalan yang salah. Pilihlah jalan yang benar lagi nyata. Ketahuilah dengan kembali kepada Allah kita dapat menyelesaikan setiap masalah dengan izinNya. Dan jika kita menjauhi diri dariNya, ketahuilah hidup anda akan lebih sengsara. 

Sekian sahaja untuk topik hari ini. Mudah-mudahan topik hari ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan semestinya para pembaca sekalian. Pesanan saya jom kita sama-sama amalkan mulai hari ini, mengadulah kepada Allah dengan solat dan jangan mengadu kat muka buku kerana muka buku bukannya dapat membantu pun =) ..

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala silap itu dari diri saya sendiri dan harap dimaafkan dan kalau boleh tegur-tegurlah kesilapan saya itu ya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..