Translate

Monday, 26 March 2012

E-mel tentang jodoh =)

~ Assalamualaikum warahmatullah ~


Saya  ingin  berkongsi  kepada pembaca  yang dikasihi sekalian tentang sebahagian daripada babak novel “Cinta kembali bertasbih”.. Babak ni bagi saya dapat memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca sekalian.. Oleh itu, saya kongsikan dengan anda semua.. Jika anda berminat dengan novel ini, anda boleh mendapatkannya d kedai-kedai buku, dan untuk pengetahuan, novel ini adalah novel bestseller.. Semasa membeli novel ni, kebetulan hanya tinggal satu,, apalagi belilah terus, hhehe.. Apapun mudah-mudahan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat.. Selamat membaca =)



……Wawa segera menekan papan kekunci computer di hadapannya dan menulis sesuatu.

Assalamualaikum,
Ustaz Rahman, sedang buat apa di kamar sendirian? Maaf mengganggu. Memandangkan ustaz  lebih suka saya mengutus e-mel, maka saya bertanya menerusi e-mel saja. Apabila ustaz berkelapangan bolehlah ustaz menjawabnya.
Sekadar  mahu mengambil peluang bertanya satu soalan. Bagaimana cara terbaik bagi mencari jodoh? Boleh ustaz terangkan bagaimana perempuan solehah mendapatkan jodohnya?
Saya tahu yang saya ni tak begitu warak, tetapi jauh di dasar hati saya mengimpikan lelaki yang baik. Lagipun , saya percaya semua wanita mahukan suami yang baik tetapi mereka tidak tahu cara mendapatkannya. Boleh ustaz membantu saya?
Itu sahaja untuk kali ini. Saya menunggu jawapannya.
Wassalam.

…….. Selepas  beberapa minit berlalu, dia kembali duduk di kerusi. Dia menyedari ada e-mel baru. Dia segera membukanya.

         “Ustaz Rahman ! Cepatnya dia membalas.” Wawa teruja. Dia langsung membaca e-mel itu.

Assalamualaikum kembali.
Saya sedang duduk memandang skrin kosong, tiba-tiba saya menerima e-mel. Jadi saya terus membalasnya. Saya pun tidak ada kerja buat masa ini, saya berkelapangan menjawab e-mel Wawa.

Biasanya jodoh gadis yang baik ditentukan oleh bapa si gadis yang mempunyai ilmu agama dan tahu menilai antara buruk dan baik.. Sebab itu kita melihat dalam beberapa kisah teladan ,ibu bapa yang soleh mencarikan jodoh buat anak perempuan mereka.

Mengapa begitu? Mengapa bapa yang sepatutnya  menentukan jodoh anak gadis mereka? Ini kerana rata-riti remaja belum pandai membezakan antara yang jujur dan hipokrit. Remaja biasanya masih mentah bagi menilai hakikat hati budi sesama insan. Atas sebab keterbatasan remaja dalam menilai sikap manusia, kehadiran ibu bapa diperlukan dalam mencari pasangan hidup mereka. Terutamanya bapa kepada si gadis. Kita melihat zaman ini, ramai gadis yang dicairkan oleh jejaka dengan ayat-ayat madah. Ramai gadis  ditipu dan dibawa lari oleh jejaka yang tidak  bertanggungjawab. Ini bukti yang gadis terlalu lemah bagi menilai kejujuran seorang teruna. Begitu juga si teruna yang baik adalah si teruna yang tidak terlalu memilih siapa jodohnya. Sebaliknya dia berusaha menjadi manusia yang lebih baik dan daripada sikap baik  itulah akan memudahkan orang lain jatuh hati kepadanya.

Terima kasih.


          Wawa tersenyum sendirian. Memang dia bersetuju dengan pandangan Rahman.…… Dia tersenyum lebar. Dia melihat jam di dinding, hari masih panjang dan peluang masih ada bagi berbicara. Dia langsung membalas dan menambah persoalan baru kepada Rahman.


Assalamualaikum

Ustaz , saya memang tiada buat sebarang kerja masa ini. Daripada saya terperuk memandang dinding dan meja di pejabat, lebih baik saya mngambil peluang menambah persoalan. Bertambah juga ilmu saya. Apabila ustaz berkelapangan, ustaz balaslah ya. Itupun sekiranya sudi menjawabnya.

Saya mahu tahu bagaimana pula dengan teruna yang baik. Adakah dia juga terpaksa menyerahkan pilihan jodoh kepada ibu bapanya? Salahkah sekiranya teruna itu memilih sendiri siapa pasangannya?

Yang mahu tahu.
Wawa .


Lima belas minit kemudian…..

Waalaikumussalam, saya juga tiada sebarang kerja,daripada saya termangu melihat kerusi dan pejabat, ada baiknya saya menjawab e-mel wawa.

Melamar bukan kerja mudah. Memilih pasangan hidup bukan kerja senang. Apabila si gadis bergantung kepada si bapa, maka si teruna perlu lebih bersikap berdikari. Si teruna tidak sepatutnya menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak semestinya menanti lamaran dari keluarga tertentu. Sepatutnya si teruna sudah perlu menyedari dan menetukan kriteria asas gadis pilihannya.

Sudah tentu penentuan sikap dan kriteria ini didasarkan dengan pengetahuan agama. Selalunya lelaki yang beragama akan menilai akhlak keluarga bakal pasangan. Melihat pengamalan keagamaan dan kesungguhan ibu bapa si gadis dalam menjalankan tanggungjawab beragama. Seterusnya barulah dilihat ilmu dan sikap warak yang ada dalam diri si gadis. Sememangnya lelaki beragama tidak akan mudah menerima si gadis yang berasal  daripada keluarga yang rosak akhlak. Ini bukan kerana sombong, tetapi sememangnya disuruh dalam agama supaya memilih keturunan yang baik.

Nabi berpesan, “pilihlah isteri (solehah) bagi ditanamkan benih kamu. Sesungguhnya keturunan yang baik itu sangat mempengaruhi (zuriat).”

Atas sebab itu, pemilihan keturunan perlu dilakukan berhati-hati. Maksud keturunan di sini bukan yang kaya atau berharta, tetapi menekankan keturunan yang baik dan beragama. Apabila dapat yang kaya itu dianggap sebagai satu bonus. Seandainya tersilap memilih keturunan yang buruk, ia akan mewarnai perjalanan zuriat sampai kepada anak cucu dan cicit.

Hal ini sangat perlu difikirkan kerana anak-anak uang bakal lahir akan memberi kesan kepada generasi masa hadapan. Namun persoalan soal generasi ataupun zuriat yang akan mendatang selalunya tercicir daripada minda remaja. Ramai remaja zaman sekarang yang mencari pasangan sesuka hati atau sesedap rasa tanpa mengambil kisah soal akhlak dan agama bakal pasangan. Apatah lagi mahu memikirkan soal pembentukan generasi masa hadapan.

Itu sahaja buat kali ini.
Ada soalan lain?
Wassalam..

[ Sampai sini sahaja, perkongsian saya. Jika anda berminat dengan novel ini, carilah di kedai-kedai buku =) . Sekian sahaja, assalamualaikum ]  


No comments:

Post a Comment