Translate

Saturday, 3 August 2013

Kepercayaan Diri !

Assalamualaikum w.b.t  dan  salam  sejahtera  =)

Alhamdulilah, dengan izin dan rahmatnya dapat lagi saya meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada pembaca blog yang tak seberapa ini J
Tajuk yang akan saya kupas hari ini adalah kepercayaan diri. Kita selalu dengar para motivator bercakap “trust yourself” jika ingin berjaya. Mengapa kita perlu ada kepercayaan kepada diri? Kepercayaan diri adalah anugerah yang sangat besar. Ia merupakan tiang kejayaan dalam kehidupan kita. Apabila kita mempunyai kepercayaan diri, kita akan lebih berani melakukan suatu pekerjaan, bahkan kita juga akan lebih yakin dengan kemampuan diri dan kejayaan diri. Ingin saya beri suatu contoh, jika seorang bekas penjenayah percaya yang dirinya boleh menjadi insan yang lebih baik, dia pasti boleh berubah jadi lebih baik. Tapi sekiranya dia tidak yakin akan dirinya boleh menjadi lebih baik, maka itulah yang akan membuat dirinya kembali ke lembah dosa.
Ada orang berkata, kepercayaan diri ini sama dengan keangkuhan. Sebenarnya dua perkara ini adalah berbeza sama sekali. Perbezaan di antara keduanya ialah keangkuhan merupakan perasaan percaya kepada kemampuan diri yang berdasarkan pada khayalan dan kesombongan belaka, sedangkan kepercayaan diri pula adalah keyakinan akan kemampuan diri yang berdasarkan pada kemampuannya memikul tanggungjawab disertai dengan niat yang kuat dan usaha yang gigih untuk memperbaiki suatu perkara.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu ada kepercayaan pada diri kita. InsyaAllah, sekiranya kita percaya yang diri kita boleh jadi lebih baik, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Wallahualam =)
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya. Mudah-mudahan bermanfaat =)  
Segala yang baik datangnya dari Allah , dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya dan harap dimaafkan.
Assalamualaikum & peace =)

No comments:

Post a Comment