Translate

Tuesday, 22 October 2013

Jadikan Diri Sebagai Anak Kebaikan =)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan kita untuk bernafas di atas dunia ini. Pada hari ini, saya ingin mengupas tajuk di atas, selepas saya membaca salah satu topik dalam buku yang berjudul "Jumaat bersama Tok Guru". Topik tersebut betul-betul mempunyai aura yang tersendiri. Oleh itu, saya tergerak untuk berkongsi ilmu yang saya peroleh ini dengan semua.


Bagaimana ingin menjadikan diri sebagai anak kebaikan? Pertama kita perlu mengenali identiti sebenar kita. Kita dapat mengenali watak atau identiti sebenar seseorang melalui cara pergaulan dan jenis-jenis orang yang berada di sekeliling mereka. Jika mereka terdiri dalam golongan yang baik, maka orang yang berada di sekeliling mereka juga adalah golongan yang baik. Mereka akan datang dengan tujuan dan niat yang baik, sesuai dengan watak dan perwatakan orang yang ingin mereka dekati itu.


Sahal Bin Saad berkata, Rasulullah SAW bersabda :
Bermula dengan sesuatu yang baik ibarat peti besi, dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya. Maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penghalang kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka bagi seseorang yang menjadi kunci kepad kejahatan dan penghalang kepada kebaikan.   (riwayat ibnu majah)


Hadis ini mengungkapakan suatu tamsil bagi menggambarkan bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Seseorang itu seharusnya menjadikan dirinya sebagai anak kunci kebaikan dan menutup rapat pintu kejahatan dengan menjadikan dirinya sebagai penghalang yang tidak memungkinkan sebarang kejahatan bertunas hasil daripada usaha tangannya.


Justeru, setiap masyarakat perlu dikelilingi oleh orang yang akan menjadi kunci kebaikan semata-mata. Hanya golongan itulah yang diperlukan kerana di tangan merekalah terletaknya Islah atau usaha perbaikan dalam masyarakatnya. 



Sekian sahaja perkongsian saya, yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri ini yang lemah, dan harap dimaafkan.. Wallahualam.. =)

No comments:

Post a Comment