Alhamdulillah.. Hari ini saya berkesempatan juga untuk menulis blog, setelah sekian lama menghilangkan diri. =)
Hari ini saya ingin membincangkan satu topik yang boleh dikatakan penting terutama kepada adik-adik yang masih bersekolah. Kenapa pelajar takut dengan subjek Matematik?
Saya pun tertanya-tanya kenapa ramai pelajar fobia dengan subjek ini. Ada yang mengatakan ianya sukar untuk difahami, banyak formula, tak tahu nak selesaikan masalah, dan lain-lain lagi alasan.
Well, hari ini saya nak share dua tips UTAMA untuk atasi "Mathphobia" ini...
- Mind setting kena betulkan. Jika awal-awal lagi anda katakan susah, sampai akhir hayat pun benda tu akan jadi susah. Jadi cuba setkan " Math ni senang je, asalkan aku tahu cara nak selesaikan masalah dan rajin buat latihan "... InsyaAllah jika anda dah setkan begini semua akan jadi mudah =)
- Latihan ! Latihan ! Latihan ! Practise make perfect! So kena rajinkan diri tu buat latihan. Setiap hari kena selesaikan paling kurang pun 10 soalan. Jika setiap hari buat latihan, otak anda akan berkembang atau dalam erti kata lain, penguasaan anda terhadap subjek ini akan meningkat. So apalagi? Mulakan lah sekarang =)
Baiklah itulah dua tips utama untuk mengusai matematik. Sebenarnya saya juga merupakan pelajar yang lemah matematik semasa menengah rendah. Tapi lepas saya ikut dua tips ni, Alhamdulilah dari form 4 sampai ke Matrikulasi, saya sering mendapat A... Semasa SPM pula Additional Mathematics yang dikatakan susah, telah berjaya saya tewaskan dengan mendapat skor A+..
Mudah-mudahan perkongsian tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua...
Yang baik tu datangnya dari Allah.. dan segala kelemahan tu datangnya dari diri saya sendir dan harap dimaafkan..
Sekian Assalamualaikum, peace and smile =)