Translate

Tuesday, 27 May 2014

Aliff Azroy =)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =)

Dah lama tak update blog ni. Tetiba tangan gatal nak menulis pula untuk hari ni. Hahaha. Baiklah hari ni bukan nak update benda berilmiah sangat. Nak update kisah sedikit tentang seorang sahabat di Kolej Ibu Zain UKM. Hehehe. Izinkan aku untuk kenalkan seorang sahabatku ni.



Nama diberi Mohd Aliff Azroy. Lahir pada 15 November 1994. Dia ni berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di UKM. Aliff ni salah seorang dari member G.L (Geng Lobi). Boleh dikatakan ahli aktiflah. Hahaha. Dia juga antara orang terawallah jadi kawanku di UKM ni, mungkin sebab kitorang satu kolej dan satu fakulti (mula rapat dengan dia masa minggu mesra pelajar).



Apa yang bestnya tentang Aliff Azroy??

- Pertama sekali, mengikut majoritilah, seorang yang comel. (walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini).

- Pelawak. Tiap kali lepak dengan dia memang ketawa jelah kerjaku. Hahaha. Dia (menurut kak Liza) penawar hati yang duka ketika sedih atau stress. 

- Pemalu. Hah! Dia ni pemalu juga tapi bukan pada semua oranglah. Tahap pemalu dia ni tinggi apabila berhadapan dengan seorang wanita yang bernama Najihah. Hahahaha.. Kat kitorang takdanya dia nak malu-malu.

- Penyimpan rahsia. Memang pakar dan pandai sesangat dalam menyimpan rahsia.. Huhuhuhu..

- Famous. Antara yang tercalon dalam pencalonan pelajar junior lelaki paling popular Anugerah MATK!! Tapi rezeki tidak berpihak kepada beliau. huhuhu.. Takpa tetap famous juga pun.

- Banyak lagi yang menarik pasal dia ni. Hahaha. Nak berkenalan dengan dia boleh jer, ni F.B dia : https://www.facebook.com/aliff.azroy?fref=ts



Banyak lagi cerita tentang dia sebenarnya tapi.. erm.. Memang mustahillah nak cerita semua kat sini.. Hahaha.. Tak cukup ruang.. Apa yang boleh disimpulkan? O.k, Aliff  seorang yang comel dan tough sikit, memang seorang sahabat yang baik, dia ni nakal sangat tetapi nakal yang soleh gitu sebab dia ni pandai juga nak jaga hati orang. ;-)

Baiklah sekian sahaja update tuk hari ni.. Kepada Aliff Azroy aku dah tunaikan janjiku untuk update post tentang kau.. Hahahaha.. 

Sekian.... Assalamualaikum ;-)






Tuesday, 22 October 2013

Jadikan Diri Sebagai Anak Kebaikan =)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan kita untuk bernafas di atas dunia ini. Pada hari ini, saya ingin mengupas tajuk di atas, selepas saya membaca salah satu topik dalam buku yang berjudul "Jumaat bersama Tok Guru". Topik tersebut betul-betul mempunyai aura yang tersendiri. Oleh itu, saya tergerak untuk berkongsi ilmu yang saya peroleh ini dengan semua.


Bagaimana ingin menjadikan diri sebagai anak kebaikan? Pertama kita perlu mengenali identiti sebenar kita. Kita dapat mengenali watak atau identiti sebenar seseorang melalui cara pergaulan dan jenis-jenis orang yang berada di sekeliling mereka. Jika mereka terdiri dalam golongan yang baik, maka orang yang berada di sekeliling mereka juga adalah golongan yang baik. Mereka akan datang dengan tujuan dan niat yang baik, sesuai dengan watak dan perwatakan orang yang ingin mereka dekati itu.


Sahal Bin Saad berkata, Rasulullah SAW bersabda :
Bermula dengan sesuatu yang baik ibarat peti besi, dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya. Maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penghalang kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka bagi seseorang yang menjadi kunci kepad kejahatan dan penghalang kepada kebaikan.   (riwayat ibnu majah)


Hadis ini mengungkapakan suatu tamsil bagi menggambarkan bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Seseorang itu seharusnya menjadikan dirinya sebagai anak kunci kebaikan dan menutup rapat pintu kejahatan dengan menjadikan dirinya sebagai penghalang yang tidak memungkinkan sebarang kejahatan bertunas hasil daripada usaha tangannya.


Justeru, setiap masyarakat perlu dikelilingi oleh orang yang akan menjadi kunci kebaikan semata-mata. Hanya golongan itulah yang diperlukan kerana di tangan merekalah terletaknya Islah atau usaha perbaikan dalam masyarakatnya. 



Sekian sahaja perkongsian saya, yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri ini yang lemah, dan harap dimaafkan.. Wallahualam.. =)

Sunday, 13 October 2013

KIZ FAMILY =)

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA =)

Setelah sekian lama tak update blog, Alhamdulillah hari ini berkesempatan juga saya update blog .. :)

Hari ini, saya nak share cerita tentang kehidupan baru saya.. Ya kehidupan baru, di tempat yang baru.. Pada 1/9/2013, saya secara rasminya telah menjadi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.. Pada tarikh tersebut juga saya secara rasminya menjadi salah seorang ahli keluarga Kolej Ibu Zain.. =)

Kolej Ibu Zain atau short form nya KIZ adalah salah satu kolej kediaman di UKM Bangi.. KIZ ni kolej yang kecil dan mempunyai sedikit sahaja penghuni tetapi yang specialnya penghuni kolej ini semuanya mesra ( tak kira senior or junior ;) )..
Kitorang kat KIZ are 1 big family!

Masa minggu pertama, kami pelajar-pelajar baru (first year) telah menyertai MMP ( Minggu Mesra Pelajar ). Masa minggu inilah kami semua saling berkenalan.. Dan saya dapat kenal dan ingat semua nama pelajar lelaki first year.. Hehehe..

Masa MMP hinggalah sekarang, banyak aktiviti yang telah saya join bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain.. Dari aktiviti yang diadakan, banyak benda baru yang saya pelajari dan bukan itu sahaja, hubungan kekeluargaan kami makin akrab =)

Foto-foto yang saya kongsikan kat bawah ni adalah aktiviti-aktiviti yang kami sekeluarga telah join =)










Ya Allah ku bersyukur kerana Kau telah anugerahkan aku rakan-rakan yang baik.. Kekalkalah ukhuwah antara kami.. Aamiin.. =)

Saturday, 3 August 2013

Kepercayaan Diri !

Assalamualaikum w.b.t  dan  salam  sejahtera  =)

Alhamdulilah, dengan izin dan rahmatnya dapat lagi saya meluangkan masa untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada pembaca blog yang tak seberapa ini J
Tajuk yang akan saya kupas hari ini adalah kepercayaan diri. Kita selalu dengar para motivator bercakap “trust yourself” jika ingin berjaya. Mengapa kita perlu ada kepercayaan kepada diri? Kepercayaan diri adalah anugerah yang sangat besar. Ia merupakan tiang kejayaan dalam kehidupan kita. Apabila kita mempunyai kepercayaan diri, kita akan lebih berani melakukan suatu pekerjaan, bahkan kita juga akan lebih yakin dengan kemampuan diri dan kejayaan diri. Ingin saya beri suatu contoh, jika seorang bekas penjenayah percaya yang dirinya boleh menjadi insan yang lebih baik, dia pasti boleh berubah jadi lebih baik. Tapi sekiranya dia tidak yakin akan dirinya boleh menjadi lebih baik, maka itulah yang akan membuat dirinya kembali ke lembah dosa.
Ada orang berkata, kepercayaan diri ini sama dengan keangkuhan. Sebenarnya dua perkara ini adalah berbeza sama sekali. Perbezaan di antara keduanya ialah keangkuhan merupakan perasaan percaya kepada kemampuan diri yang berdasarkan pada khayalan dan kesombongan belaka, sedangkan kepercayaan diri pula adalah keyakinan akan kemampuan diri yang berdasarkan pada kemampuannya memikul tanggungjawab disertai dengan niat yang kuat dan usaha yang gigih untuk memperbaiki suatu perkara.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu ada kepercayaan pada diri kita. InsyaAllah, sekiranya kita percaya yang diri kita boleh jadi lebih baik, kita boleh jadi insan yang lebih baik. Wallahualam =)
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya. Mudah-mudahan bermanfaat =)  
Segala yang baik datangnya dari Allah , dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya dan harap dimaafkan.
Assalamualaikum & peace =)

Monday, 20 May 2013

Kenapa pelajar takut dengan sujbek Matematik?

Assalamualaikum... Peace and smile always =)

Alhamdulillah.. Hari ini saya berkesempatan juga untuk menulis blog, setelah sekian lama menghilangkan diri. =)



Hari ini saya ingin membincangkan satu topik yang boleh dikatakan penting terutama kepada adik-adik yang masih bersekolah. Kenapa pelajar takut dengan subjek Matematik?

Saya pun tertanya-tanya kenapa ramai pelajar fobia dengan subjek ini. Ada yang mengatakan ianya sukar untuk difahami, banyak formula, tak tahu nak selesaikan masalah, dan lain-lain lagi alasan.

Well, hari ini saya nak share dua tips UTAMA untuk atasi "Mathphobia" ini...


  1. Mind setting kena betulkan. Jika awal-awal lagi anda katakan susah, sampai akhir hayat pun benda tu akan jadi susah. Jadi cuba setkan " Math ni senang je, asalkan aku tahu cara nak selesaikan masalah dan rajin buat latihan "...  InsyaAllah jika anda dah setkan begini semua akan jadi mudah =)
  2. Latihan ! Latihan ! Latihan ! Practise make perfect! So kena rajinkan diri tu buat latihan. Setiap hari kena selesaikan paling kurang pun 10 soalan. Jika setiap hari buat latihan, otak anda akan berkembang atau dalam erti kata lain, penguasaan anda terhadap subjek ini akan meningkat. So apalagi? Mulakan lah sekarang =)
Baiklah itulah dua tips utama untuk mengusai matematik. Sebenarnya saya juga merupakan pelajar yang lemah matematik semasa menengah rendah. Tapi lepas saya ikut dua tips ni, Alhamdulilah dari form 4 sampai ke Matrikulasi, saya sering mendapat A... Semasa SPM pula Additional Mathematics yang dikatakan susah, telah berjaya saya tewaskan dengan mendapat skor A+..

Mudah-mudahan perkongsian tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua...
Yang baik tu datangnya dari Allah.. dan segala kelemahan tu datangnya dari diri saya sendir dan harap dimaafkan..

Sekian Assalamualaikum, peace and smile =)

Saturday, 12 May 2012

What I Have Learnt in my life as student??

~~ASSALAMUALAIKUM & GOOD EVENING ~~

Tiba - tiba hari ini, tangan gatal pula nak menulis, hehe. So, today I would like to share about what I have learn in my life as student especially during Secondary school.. =)

Pelajaran pertama ; Perpisahan....
Semasa saya berusia 12 tahun, saya dan adik terpaksa berpisah dengan ibu bapa kerana mereka terpaksa berhijrah ke Selangor untuk bekerja. Saya dan adik tinggal bersama atok dan nenek di Sabah. Masa awal-awal berpisah dengan parents tu, memang tak dapat nak describe perasaan.. Terlalu sedih, hingga saya dan adik menghidapi penyakit yang dipanggil "Demam Rindu". Hehe. Tapi lama kelamaan Alhamdulillah saya dan adik dapat membiasakan diri. Pengalaman mematangkan diri. Sampailah sekarang saya masih lagi berjauhan dengan kedua-dua ibu bapa saya. Tapi adik saya pula telah berhijrah sama ke sana pada tahun 2009. Tinggallah saya seorang bersama atok dan nenek. Saya benar-benar telah mempelajari erti perpisahan itu.. Itulah salah satu tarbiyah yang agak berat bagi saya.


Pelajaran kedua ; Kawan.
Saya ni seorang yang "malas" nak bergaul dan bercampur dengan orang lain kecuali keluarga. Mungkin disebabkan itu saya kekurangan kawan. Tapi selepas saya further study kat SMK Elopura 2, my life is change. Saya mula berkawan dengan ramai orang ( terutamanya rakan-rakan sekelas ). Semasa di sekolah rendah saya mendapat title " budak pendiam " tapi di sekolah baru ni pula title tu dah hiang entah ke mana.. Masa tu barulah saya sedar, saya telah mengalami perubahan dalam fasa hidup saya. Pengalaman mematangkan diri. Alhamdulilah sekarang hubungan persahabatan saya dan kawan-kawan masih kukuh. Dah genap 5 tahun hubungan persahabatan kami sejak dari tingkatan 1 hinggalah tamat persekolahan pada tahun lalu. Walaupun sekarang, kami terpaksa berpisah sementara kerana ingin melanjutkan pengajian masing-masing, IKRAR persahabatan kami takkan pernah dilupa.. Friends Forever =)


Pelajaran ketiga ; Kasih seorang guru.
Sepanjang saya bersekolah di SMK Elopura 2, telah ramai guru yang saya kenal. Bukan setakat kenal tapi hubungan kami macam 1 family. Antara guru yang paling saya akrab ialah Ustazah Sanisah, Cikgu Fairuz, Teacher Chai, Teacher Santhi, Teacher Zulizah dan juga Cikgu Haris. Mereka berenam ini adalah guru yang paling akrab dengan saya. Whenever I have problem, they will help me to solve it. Sungguh, mereka amat berjasa kepada saya sepanjang saya bersekolah di SMK Elopura 2. Bukan mereka sahaja, guru-guru lain juga turut banyak membantu saya, terutama guru-guru yang pernah mengajar saya dari tingkatan 1 hingga 5. Semoga Allah merahmati mereka semua. Pengalaman mematangkan diri =)


Pelajaran keempat ; Life is struggle!!
Hidup adalah perjuangan!! Semasa di bangku sekolah inilah saya belajar erti perjuangan menuntut ilmu. Semasa sekolah rendah, saya belajar sambil lewa kerana tak tahu apa tujuan belajar itu sebenarnya. Dua exam besar yang harus ditempuhi PMR & SPM !!! Alhamdulilah kedua-duanya telah diduduki. PMR pada tahun 2009 dan SPM pada tahun lalu. Sungguh, perjuangan menuntut ilmu ini sangat mencabar.. Saya selalu ingatkan diri, menuntut ilmu bukan kerana PMR & SPM, tapi kerana ia adalah kewajiban yang harus ditunaikan.. Pengalaman mematangkan diri.. Alhamdulilah selepas ni ( yakni minggu depan ) saya akan menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan =)


Baiklah kesimpulannya, apa yang saya ingin kongsikan adalah :
1. Setiap orang akan melalui fasa-fasa kehidupan masing-masing.
2. Dalam setiap fasa kehidupan itu kita akan dapat pelajari sesuatu.
3. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan barulah hidup kita lebih bermakna.
4. Sebagai Muslim kita perlu ingat, hidup kita Allah yang tentukan.
5. Pengalaman mematangkan diri.

Sekian sahaja, assalamualaikum =)

Peace and smile =) 




Sunday, 6 May 2012

Teenage ~ Bab 2~


 Bab 2

“Assalamualaikum ustazah…”

“Waalaikumussalam,, duduk semua..”

Ustazah Sanisah. Guru kelas 4 Ibnu Sina. Beliau telah lama mengajar kelas mereka, sejak dari tingkatan 1 lagi. Boleh dikatakan hubungan ustazah dengan mereka sekelas amat rapat.

“Apa khabar semua?”

“Alhamdulilah kami semua sihat.” Hampir serentak mereka semua menjawab.

“Terlebih dahulu ustazah ingin ucapkan tahniah kepada kamu semua. Alhamdulilah pencapaian kamu memang meletup. Dan selamat datang ke 4 Ibnu Sina.”

“Terima kasih ustazah.”

“Baiklah, pertama sekali ustazah ingin berkenalan dengan lima orang pelajar baru di kelas ni. Yang lain tak payahlah. Ustazah dah kenal betul dah”.

“Haha, dah jemukah ustazah?” kata Razif.

Ustazah Sanisah hanya tersenyum. Kemudian lima orang pelajar baru bangun dan berdiri  di depan kelas. Four girls dan one boy. Dalam masa yang sama, Razif memandang pelajar perempuan yang dilanggarnya tadi.

“Assalamualaikum, nama saya Nursyafinaz, panggil finaz saja. Sebelum ni, saya dari kelas Al-Khawarizmi. Salam perkenalan.”

“Assalamualaikum, nama saya Siti Solehah, panggil saja Solehah. Sebelum ni saya satu kelas dengan Lisa.”

“Assalamualaikum, nama saya Lisawati, panggil Lisa.”

Selepas tiga orang pelajar tadi perkenalkan diri, tibalah masa yang dinanti-nantikan Razif. Pelajar perempuan itu mula perkenalkan diri.

“Assalamualaikum, nama saya Nur Balqish, panggil saja Balqish. Sebelum ni saya bersekolah di SMK Agama. Salam perkenalan dari saya”  lemah lembut dia bercakap.

“Oh, Balqish. Beautiful name, same dengan pemilik namanya” spontan Azman bercakap. Satu kelas ketawa. Sekali lagi Razif melihat senyuman itu. Sekali itu juga dia tercair dengan senyuman itu.

“Eh Azman ni. Bukan main lagi. Baiklah kamu pula.”

“Assalamualaikum, nama saya Mohd Aidid, panggil Did saja. Sebelum ni saya bersekolah di SMK Agama.”

Selesai sudah semua pelajar baru perkenalkan diri. Sekarang ada 25 orang pelajar. Empat orang pelajar baru dan 21 pelajar lama. Antara pelajar lama yang masih setia bersama ialah Razif , Azman , Ilyas , Husni , Sham , Afiq , Tizam , Ahmad , Tom , Aisyah , Rina , Suhaila , Darliana , Ama , Saf , Ckin, Wawa, Nizan, Midar, Lai, dan  Christy. Jadi, sekarang ada 10 lelaki, dan 15 perempuan.

“Baiklah sekarang ustazah mahu kamu semua memilih ketua kelas dan penolong ketua kelas.”

“ Hahaha,, tiba pun masa yang dinanti-nantikan,” Azman sengih sendirian.